fbpx
Now Reading
Member ‘Prank’ Nyanyi Lagu Happy Birthday, Habis Satu Kedai Ikut Sekali

Member ‘Prank’ Nyanyi Lagu Happy Birthday, Habis Satu Kedai Ikut Sekali

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram kami disini!


Biasalah kalau dalam ramai-ramai kawan mesti ada yang jenis masuk air atau yang suka prank member kan? Nak-nak lagi masa birthday kawan mesti ada yang buat plan senyap-senyap untuk surprisekan dia betul tak?

Semua itu pasti akan menjadi satu kenangan yang tidak akan kita lupakan sehingga ke hari tua nanti.

Namun situasi berbeza buat seorang gadis ini apabila dimana tular video dia ‘dikenakan’ oleh beberapa kawannya yang bertindak dengan menyanyikan lagu ‘Happy Birthday’ di khalayak ramai walhal hari itu sebenarnya bukanlah hari lahirnya.

Malah difahamkan ulang tahun gadis ini sebenarnya sudah pun berlalu pada bulan Julai yang lalu.

Perkara itu dikongsikan sendiri gadis berkenaan menerusi satu perkongsian di laman Twitter @elfucir.

Menerusi video tersebut, gadis ini pada awalnya, sedang bergambar bersama seorang lagi rakannya disebuah restoran sebelum beberapa rakannya yang lain mula menyanyikan lagu tersebut.

Dia yang terkejut dan malu kemudian menutup mukanya dengan menggunakan facemask. Malah, terdapat sebuah live band yang turut menyanyikan lagu tersebut bersama-sama sambil merakam reaksi rakannya itu.

Tidak lama kemudian, gadis tersebut mula ‘pasrah’ dengan kenakalan rakan-rakannya lalu turut serta menyanyi sambil bergelak ketawa bersama-sama.

Gelagat gadis berkenaan ternyata menghiburkan ramai netizen, sehingga ada yang ‘throwback’ kembali kenangan bersama rakan-rakan mereka.

Kredit: Twitter/ @elfucir
Kredit: Twitter/ @elfucir
Kredit: Twitter/ @elfucir

Perkongsian tersebut telahpun mencapai sehingga 267.3K jumlah tontonan di laman Twitter milik @elfucir, manakala sebanyak 8.5K yang telah menekan butang tanda suka di video berkenaan.

Haa.. Korang masih ingat tak kenangan ketika korang bersama rakan yang lain? Mesti best kan kalau dapat lepak macam dulu-dulu lagi?

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.