fbpx
Now Reading
Bapa Terkejut Tengok Helah Anak Hidupkan Mentol Tanpa Disentuh [Video]

Bapa Terkejut Tengok Helah Anak Hidupkan Mentol Tanpa Disentuh [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram kami disini!


Korang mesti dah biasa kan tengok orang buat trick ataupun magik di depan mata? Helah pasti ramai yang menggunakan termasuklah bapa kita sewaktu kecil kan?

Namun, setelah meningkat dewasa sudah pasti anda mempelajari serba sedikit helah-helah sambil menggunakan sains betul tak?

Itulah yang berlaku kepada seorang bapa apabila dia dicabar oleh anaknya untuk menyalakan mentol tersebut tanpa perlu memegangnya.

Menerusi video yang dikongsikan oleh salah seorang pengguna Twitter @deep_dab ini menunjukkan gadis tersebut meletakkan sebiji mentol bersama tiang lampu dihadapan bapanya berserta sejumlah wang di atas meja.

Gadis tersebut berkata sekiranya bapanya berjaya menyalakan mentol tersebut, wang yang diletakkan di atas meja itu menjadi hak milik bapanya.

Kemudian, bapanya bertanya seandainya anak perempuannya baru sahaja menonton rancangan sains mengenai helah tersebut kerana baginya ianya agak mustahil untuk dilakukan. Namun, anaknya cuma mengelengkan kepalanya sahaja.

Kredit: TikTok/ @brotherofcolor

Setelah bapanya menyerah kalah, lantas anak perempuannya mengambil wayar lampu dan menggosokkannya pada belon berkenaan. Hasilnya, mentol tersebut menyala setelah dipasang ke suis yang terletak di belakang mereka.

Tetapi apa yang lebih menarik perhatian ramai ialah reaksi spontan bapanya yang terpaku setelah melihat helah anaknya itu. Bahkan anaknya siap mengelakkan bapanya sambil mengambil semua wang di hadapannya sebelum beredar.

Rata-rata video tersebut mendapat tontonan sehingga 2 juta views di laman Twitter milik @deep_dab tersebut, manakala sebanyak 118.5K yang menekan tanda suka.

Perkongsian tersebut membuatkan ramai yang terhibur dengan reaksi bapanya itu, malah siap ada yang menanyakan bagaimana anaknya mampu melakukan helah tersebut.

Kredit: Twitter/ @deep_dap
Kredit: Twitter/ @deep_dap
Kredit: Twitter/ @deep_dap
@brotherofcolor

I’m not even mad, I’m amazed 😳😳 @jazminera #fyp #foryou #xyzbca

♬ original sound – Heyimparis

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.