fbpx
Now Reading
Tak Sampai 24 Jam, Ustaz Ebit Lew Sudah Di Penang Bantu 5 Sekeluarga Tinggal Dalam Kereta [Video]

Tak Sampai 24 Jam, Ustaz Ebit Lew Sudah Di Penang Bantu 5 Sekeluarga Tinggal Dalam Kereta [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram kami disini !


Semalam kami ada melaporkan mengenai nasib malang 5 sekeluarga yang terpaksa berteduh dan bermalam di dalam kereta sejak 8 bulan lalu selepas rumah mereka di Lebuh Carnavon, Georgetown hangus terbakar pada 6 April lalu.

Baca artikel berkaitan : Gara-gara Rumah Terbakar, 5 Sekeluarga Tinggal Dalam Kereta Selama 8 Bulan

Lebih memilukan apabila mereka terpaksa mengikat perut dengan hanya mengambil makanan seperti mee segera dan kuih berasas topeng malah terpaksa memberikan air kopi kepada bayi mereka yang berusia 8 bulan kerana kesempitan wang.

Si ayah, S Ganesh, 34 yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dengan gaji RM,1200 setiap bulan juga terpaksa berjimat cermat memandangkan dia perlu menggunakan wangnya untuk perkara lain seperti membeli lampin pakai buang, mengisi minyak kereta dan pelbagai lagi.

Foto : Bernama

Keadaan ini menyukarkan mereka untuk mendapatkan rumah sewa yang memerlukan deposit yang besar, justeru mereka begitu berharap permohonan mereka untuk menghuni rumah PPR di sana dapat diluluskan kerajaan.

Terbaru, kisah sedih keluarga berkenaan kemudian sampai ke pengetahuan pendakwah dan aktivis terkenal, Ustaz Ebit Lew yang berada di Johor Bahru atas urusan kerja.

Dari JB terus ke Pulau Pinang

Beliau yang sayu dan prihatin dengan nasib Ganesh dan keluarganya kemudia bergegas ke Pulau Pinang untuk membantu keluarga mereka.

“Cuti umum Krismas dari Johor Bahru terus saya ke Pulau Pinang. Menangis sebak semalam masa di JB terbaca pasal Ganesh dan isteri, Parameswari serta tiga anak kecil yang tidur lapan bulan di dalam kereta.

“Sedihnya 8 bulan makan tidur dalam kereta serta mandi di tandas awam” kongi Ustaz Ebit di laman media sosialnya

“Saya tidur lena dan makan sedap, ada orang tinggal dekat bonet kereta”

Sedihnya rasa. Saya tidur lena makan sedap, ada orang sampai tinggal dekat bonet kereta. Berpantang baru lepas bersalin hanya dalam kereta,” katanya lagi.

Beliau dalam masa sama turut berkongsi foto sewaktu melawat keluarga Ganesh disana untuk tatapan orang ramai.

Foto : FMT

Ustaz Ebit difahamkan sudah menyewakan rumah sementara untuk didiami oleh Ganesh & Parameswari bersama tiga anak mereka sementara menunggu permohonan rumah PPR mereka di luluskan.

“Saya sewakan rumah cantik selesa ada 3 bilik. Saya akan bayar sewa rumah untuk sebulan sementara mereka dapat rumah PPRT. Dah 2 kali mohon semenjak rumah terbakar. Tapi jika mereka terus ingin terus disitu pun saya akan terus bayarkan dengan gembira.

Turut hadiahkan barangan keperluan seperi peti ais, mesih basuh

“Saya hadiahkan Peti Ais, Mesin basuh, TV, Rice Cooker,Dapur,Kipas, katil Queen 1, Katil Single 2, Barang dapur dan duit belanja. Sayu masa nak belikan barang untuk mereka tadi.

“Baik sangat pasangan ini. Tak berhenti Ganesh dan isteri cakap terima kaseh. Mereka menangis terharu. Katanya kenapa banyak sangat ustaz. Mereka suka sangat tengok rumah baru. Cantik dan selesa” tulis Ebit lagi.



© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.