fbpx
Now Reading
Akhirnya! Keluarga Tinggal Dalam Kereta Selama 8 Bulan Dapat Rumah PPR

Akhirnya! Keluarga Tinggal Dalam Kereta Selama 8 Bulan Dapat Rumah PPR

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini tular suatu kisah sedih 5 sekeluarga yang terpaksa tinggal didalam kereta selama 8 bulan selepas rumah mereka yang terletak di Lebuh Carnavon, Georgetown terbakar pada 6 April lalu.

Kisah keluarga S Ganesh, 34, dan isteri Parameswari, 32 bersama tiga orang anak kecil mereka bagaimapun mula mendapat perhatian masyarakat selepas mereka dibantu oleh Persatuan Hindu Pulau Pinang yang diketuai Presidennya, P Murugiah yang bertindak membawa keluarga malang tersebut menginap di sebuah hotel bajet.

Perkhabaran tersebut kemudian sampai ke pengetahuan pendakwah dan aktivis terkenal, Ustaz Ebit Lew yang difahamkan terus bergegas ke Pulau Pinang menziarahi dan untuk membantu mereka mendapatkan rumah sewa.

Beliau kemudian turut membawa mereka menghadiahkan mereka barangan keperluan seperti peti ais, mesin basuh dan sebagainya demi keselesaan mereka di rumah sewa tersebut sementara menunggu permohonan menduduki rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) diluluskan.

Baca artikel berkaitan : Tak Sampai 24 Jam, Ustaz Ebit Lew Sudah Di Penang Bantu 5 Sekeluarga Tinggal Dalam Kereta 

Terbaru, Ganesh dan keluarganya mendapat perkhabaran yang lebih menggembirakan apabila permohon mereka untuk menduduki unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) kerajaan negeri akhirnya diluluskan

Dia yang sudah menunggu hampir 8 bulan untuk menerima rumah tersebut jelas gembira kerana dia dan keluaga kini tidak lagi perlu bersesak serta berhimpit di dalam kereta setiap hari.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang telah membantu keluarga saya.

“Kami amat terharu apabila semua pihak tanpa mengira latar belakang telah membantu saya dan anak-anak,” katanya memetik laporan Kosmo!

 Difahamkan keluarga ini akan menginap di unit bencana di PPR Padang Tembak buat sementara unit PPR di blok berhampiran selesai dibaiki.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.