
Muka Khairy Jamaluddin Habis Calar Jatuh Dari Basikal Dek Langgar Jalan Berlubang
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram kami disini!
Tidak dinafikan sebut je nama YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar ini pasti ramai yang tahu akan aktiviti sukan kegemarannya dalam berbasikal bukan?
Beliau yang sememangnya aktif dalam aktiviti tersebut seringkali berkongsikan fotonya yang sedang mengayuh basikal sama ada secara berkumpulan ataupun bersendirian menerusi akaun media sosial miliknya.
Pothole, ditch, KJ. 2020 keeps giving. https://t.co/BjZHuo4cvP pic.twitter.com/WZJJn1q8X0
— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) December 27, 2020
Namun, pada hari Ahad yang lalu beliau memuat naik beberapa gambar keadaannya di laman Twitter miliknya selepas terjatuh ketika mengayuh basikal.
Difahamkan, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi ini dikatakan terlanggar jalan yang berlubang sebelum beliau terjatuh daripada basikal berhampiran parit kecil. Gara-gara itu, beliau mempunyai kesan calar dibahagian muka.
Walau bagaimanapun, YB Khairy Jamaluddin atau mesra dipanggil sebagai KJ ini hanya mengalami kecederaan ringan sahaja dan kelihatan tidak begitu serius.
Terima kasih kepada rakan-rakan yang bertanya. Alhamdulillah @khairykj hanya alami kecederaan kecil dan tiada yang serius.
— R. Syahrir Bakar (@bobby_bakar) December 27, 2020
Thank you everyone for reaching out. @khairykj is fine. A little bruised up but all is good.
Malah, perkongsian gambar-gambar yang dibuat oleh Ahli Parlimen Rembau itu adalah salah satu respon kepada postingan R. Syahrir Bakar yang mengucapkan ribuan terima kasih kepada warganet yang begitu prihatin dengan keadaan KJ.
Rata-rata ramai yang mendoakan agar KJ kembali pulih seperti sedia kala, bahkan menerusi ruangan komen tersebut berharap agar pihak tertentu peka dengan keadaan jalan di kawasan terbabit supaya kejadian yang berlaku ke atas Ahli Parlimen Rembau ini tidak berulang lagi.


