fbpx
Now Reading
Saintis Australia Berjaya Hasilkan Berlian Di Makmal Hanya Dalam Berapa Minit

Saintis Australia Berjaya Hasilkan Berlian Di Makmal Hanya Dalam Berapa Minit

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Barangan seperti berlian sejak ribuan tahun dahulu sudah menjadi simbol kekayaan dan kemakmuran seseorang.

Malah penggunaannya juga cukup meluas di kalangan pembesar dan ketua sesebuah empayar dan kerajaan dunia sejak zaman Romawi kuno lagi.

Namun statusnya sebagai simbol kekayaan pada masa akan datang mungkin lagi tidak segah zaman terdahulu.

Ianya susulan penemuan saintis moden yang melaporkan penghasilan atau pembentukan berlian kini tidak lagi mengambil masa selama jutaan tahun seperti sebelum-sebelumnya.

Lebih mengejutkan apabila sekumpulan saintis di Australia mengatakan bahawa mereka berjaya mempercepatkan proses pembuatan sesebuah berlian hanya dalam masa beberapa minit malah dengan menggunakan suhu bilik.

Menurut CNN, sekumpulan saintis yang diketuai pakar dari Universiti RMIT dan Universiti Nasional Australia (ANU) telah berjaya menghasilkan dua jenis berlian dengan menggunakan tekanan tingi seperti bebanan 640 ekor gajah Afrik yang ‘berdiri di hujung kasut ballet’

Satu darinya merupakan berlian yang mempunyai struktur sama seperti berlian yang digunakan untuk barang perhiasan manakala satu lagi adalah dari jenis Lonsdaleite, berlian yang lebih keras dan utuh dari berlian biasa dan dikatakan mampu memotong bahan yang sangat padu di tapak-tapak lombong.

Berlian jenis ini kebiasaannya j hanya boleh dijumpa di tempat turunnya meteorit.

Namun berlian sintetik bukanlah satu perkara baru buat manusia, ia sudah mula diperkenalkan sejak tahun 40an lagi sebagai inisiatif alternatif bagi mendapatkan batu yang lebih murah, etikal( jauh dari konflik seperti di Afrika) dan mesra alam.

“Menghasilkan lebih banyak lagi berlian terhad namun sangat berguna ini adalah pelan janga panjang program ini ” menurut seorang sarjana ANU, Xingshuo Hu.

Malah padanya kejayaan menghasilkannya pada suhu bilik juga adalah julung kali dan satu pencapaian yang sangat membanggakan.

“Kejayaan menghasilkan dua jenis berlian menggunakan suhu bilik buat kali pertama di makmal kami adalah satu pencapaian yang sangat menarik katanya lagi.

Menurut Jodie Bradby, Profesor Fizik di ANU, berlian buatan makmal kebiasannya dicipta dengan mendedahkan karbon kepada haba yang amat panas.

Bagi membentuk berlian, para pengkaji mengaplikasikan tekanan yang ‘super kuat’ bagi menghasilkan impak untuk atom korban itu beralih dari satu tempat ke tempat lain, katanya lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.