fbpx
Now Reading
“Tempat Menteri Jatuh Laju Je Datang Tampal, Cuba Kita..” Netizen Kecewa Sikap ‘Double Standard’ Pihak Berwajib

“Tempat Menteri Jatuh Laju Je Datang Tampal, Cuba Kita..” Netizen Kecewa Sikap ‘Double Standard’ Pihak Berwajib

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram kami disini !


Semalam, Menteri Sains Teknlogi & Inovasi, Khairy Jamaluddin atau lebih dikenali dengan panggilan KJ telah terlibat dalam satu kemalangan kecil sewaktu berbasikal.

Semuanya gara-gara beliau terlanggar lubang yang terdapat dijalan tersebut sebelum jatuh berhampiran dengan parit kecil mengakibatkan luka di beberapa bahagian bada termasuk dahinya.

Menerusi satu ciapan KJ turut berkongsi gambar lubang tersebut bersama mukanya namun tidak menyatakan di mana lokasi kejadian tersebut berlaku .

Namun tidak lama kemudiannya ,akaun rasmi Twitter JKR Kuala Langat tampil memohon maaf kepada Khairy di atas kejadian itu.

Malah menurut satu page Facebook Kuala Langat pihak berwajib kemudiannya terus membaiki jalan berkenaan.

Namun disebalik perkongsian tersebut mereka seolah tidak bersetuju dengan sikap ‘double standard’ pihak berwajib yang terus membaiki jalan berkenaan susulan dari insiden membabitkan KJ.

Ini kerana menurut mereka pihak berwajib hanya menutup sebelah mata apabila kes orang ramai.

Isu ini turut hangat dibincangkan di kalangan pengguna Twitter yang rata-rata dilihat prihatin dengan keadaan KJ namun agak tidak senang dengan ‘hasil kerja’ pihak berwajib yang disifatkan double standard.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.