fbpx
Now Reading
Tular Video Parodi Hina Lagu Indonesia Raya, Netizen Indonesia Luah Rasa Berang

Tular Video Parodi Hina Lagu Indonesia Raya, Netizen Indonesia Luah Rasa Berang

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://twitter.com/bwarmed/status/1343084556690198533

Media sosial di Indonesia sejak malam tadi ‘panas’ gara-gara sebuah video tular yang memperlihatkan lagu kebangsaan mereka iaitu Indonesia Raya disunting liriknya oleh individu tidak bertanggungjawab yang dipercayai dengan niat menghina dan memperlekeh negara berkenaan.

Lebih menjelikkan apabila visual pada video tersebut turut dilihat sengaja menimbulkan kontroversi dengan menghina lambang negara mereka, Pancasila serta Garuda apabila di kaitkan dengan ayam selain ilustrasi dua anak kecil seakan sedang membuang air kecil di penjuru kiri dan kanan.

Menerusi laporan Detik, video provokasi tersebut yang diberi tajuk ‘Indonesia Raya Instrumental (Parody+Lyrics Video)’ itu pada mulanya dimuat naik sebuah laman Youtube bernama My Asean yang mengunakan gambar profil bendera Malaysia sekitar 2 minggu lalu.

Namun ianya mula menular dengan begitu pantas di beberapa platform media sosial dan di aplikasi perbualan seperti Whatsapp sejak dua hari lalu sehingga menimbulkan kemarahan netizen Indonesia.

Netizen mereka yang tidak berpuas hati kemudian bertindak membuat laporan mengenai video berkenaan sehingga ianya tidak lagi dapat diakses.

Carian kami kemudian mendapati video berkenaan sudahpun di ubah tetapannya kepada private

Tidak sepatutnya

Dilihat menerusi laman sosial, ramai netizen disana meluahkan rasa berang mereka dan memohon agar si pelaku dikenakan tindakan undang-udang.

Meskipun identiti individu terbabit masih belum diketahui, namun dapat dilihat rata-rata netizen dan media di sana kini mendakwa akaun tersebut sememangnya milik seorang individu dari Malaysia.

Malahan menurut mereka, ini merupakan insiden kedua yang berlaku melibatkan channel tersebut. Tidak kurang juga yang beranggapan ianya sebagai respon balas terhadap tindakan sebuah laman Youtube yang menghina lagu Negaraku dua bulan yang lalu

Tangkap si pelaku

Kini dalam siasatan pihak polis

Memetik Bernama, Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta menerusi satu kenyataan pada malam tadi menegaskan video tersebut kini dalam siasatan pihak berkuasa Malaysia.

“Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta mengambil maklum akan sebuah video yang didakwa dimuat naik oleh warganegara Malaysia dan didakwa memperlekehkan dan menghina Indonesia.

“Sekiranya video itu didapati dimuat naik oleh warganegara Malaysia, tindakan tegas akan dikenakan berlandaskan undang-undang sedia ada,” katanya dipetik dari laman rasmi Instagram mereka.

Kenyataan sama turut dikeluarkan jurucakap Kementerian Luar Negeri Republik Indonesia, Teuku Faizasyah .

“Berdasarkan laporan Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) Kuala Lumpur, pihak Polis Malaysia sedang melakukan siasatan” katanya kepada portal Detik

Apa-apa pun kami merasakan provokasi sebegini tidak seharusnya dilakukan mana-mana pihak. Ini keran tindakan sebegini hanya akan mengeruhkan hubungan di antara.

Justeru walau siapa pun pelakunya dan apa sahaja motifnya, kedua-dua pelaku tersebut harus di kenakan tindakan undang-undang.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.