fbpx
Now Reading
Batal Rakaman Program Sepanjang Januari, Status Ringkas PU Riz Di IG Story Curi Tumpuan

Batal Rakaman Program Sepanjang Januari, Status Ringkas PU Riz Di IG Story Curi Tumpuan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram kami disini !

Memilih berdiam diri ekoran kontroversi yang melanda hubungannya bersama pengacara dan usahawan, Neelofa, PU Riz atau nama betulnya Haris bin Ismail bagaimanapun dikatakan sudah mula memuat naik beberapa hantaran di IG Storynya semalam.

Namun yang paling mencuri tumpuan orang ramai adalah hantaran pertama yang dikongsikannya iaitu satu potongan ayat berbahasa arab yang turut disertakan dengan maksud :

“And know that Allah will resolve everything in the end, in a way you would never imagine. ( Dan ketahuilah yang Allah akan menyelesaikan segalanya pada penghujungnya, dengan cara yang tidak pernah anda bayangkan)

Meskipun ianya hanya bersifat umum tanpa ditujukan kepada sesiapa, ramai yang beranggapan ianya berkait rapat dengan situasi semasa yang sedang dihadapinya bersama Neelofa.

Dalam pada itu menerusi laporan Astro Awani, PU Riz difahamkan  telah membatalkan kesemua undangan bagi menjayakan program televisyen bagi sepanjang bulan Januari

“PU Riz sudah membatalkan semua rakaman program TV sepanjang bulan Januari. Beliau tidak dapat dihubungi,” dipetik dari laporan Awani yang memetik sumber.

Namun usaha mereka dan pihak media lainnya untuk mendapatkan respon dari PU Riz bagaimanapum masih belum membuahkan hasil memandangkan tiada sebarang maklum balas yang diperoleh daripadanya.

Terdahulu, status hubungan mereka hangat diperbincangkan di media sosial selepas tular beberapa status IG Story adik beradik Neelofa seolah memberi bayangan ada ‘sesuatu yang tidak kena’ berlaku membabitkan pasangan tersebut.

Malah foto merisik PU Riz dan Neelofa yang sebelum ini dikongsikan mereka juga sudah dipadamkan daripada Instagram.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.