fbpx
Now Reading
Bersyukur Sudah Dapat Rumah, Keluarga Tidur Dalam Kereta 8 Bulan Mohon Henti Sumbangan

Bersyukur Sudah Dapat Rumah, Keluarga Tidur Dalam Kereta 8 Bulan Mohon Henti Sumbangan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram kami disini !


Baru-baru ini tular mengenai 5 sekeluarga dari Pulau Pinang yang terpaksa tinggal dalam kereta selama 8 bulan selepas kehilangan rumah mereka yang terbakar pada Mac lalu.

Mereka juga terpaksa menggunakan tandas awam di beberapa lokasi di sana bagi membersihkan diri serta mendapatkan sumber air.

Lebih memilukan apabila kadangkala terpaksa memberi bayi mereka meminum kopi manakal mereka pula terpaksa mengikat perut dengan hanya menjamah mee segera dan makanan berasaskan tepung disebabkan keadaaan kewangan yang tidak stabil.

Namun nasib mereka mula berubah selepas isu berkenaan tular, satu demi satu persatu NGO datang membantu dimulakan dengan Persatuan Hindu Pulau Pinang diikuti pendakwah Ustaz Ebit Lew dan ramai lagi.

Lebih menggembirakan apabila dua hari kemudiannya permohonan keluarga ini untuk mendapatkan rumah PPR akhirnya mendapat kelulusan pihak kerajaan.

Terbaru menerusi laporan NST, keluarga S Ganesh yang sudah pun masuk ke rumah PPR yang begitu didambakan mereka meluahkan rasa syukur di atas nasib keluarganya kini.

Jelas Ganesh lagi, memandangkan keluarga kini sudahpun menduduk rumah tersebut dan dapat meneruskan kehidupan seperti biasa, dia dengan rendah hati memohon orang ramai untuk tidak lagi menghulurkan bantan kepada mereka.

“Selepas menerima rumah PPR ini, kami dengan rasa rendah hati meminta agar semua orang tidak lagi menghantar bantuan kepada keluarga kami,” katanya seperti dipetik NST.

Dia dalam masa sama turut meluahkan rasa terima kasih kepada kepada semua pihak termasuk orang, persatuan dan NGO yang tampil menghulurkan bantuan dan sumbangan terhadapnya.

Tambahnya lagi, permohonan yang dilakukannya bagi mendapatkan rumah tersebut berjaya diluluskan oleh kerajan negeri 48 jam selepas dia sekali lagi membuat rayuan baru-baru ini.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.