fbpx
Now Reading
Gadis Kongsi Gambar Lipas Mati Dalam Aiskrim Buat Orang Ramai Geli-Geleman

Gadis Kongsi Gambar Lipas Mati Dalam Aiskrim Buat Orang Ramai Geli-Geleman

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram kami disini!


Lipas sememangnya dikenali sebagai sejenis serangga yang suka tinggal di tempat yang kotor dan berbau. Malah, orang ramai turut mengelarkannya sebagai haiwan yang paling menakutkan didunia.

Hal ini kerana, kehadirannya saja mampu membuatkan orang ramai lari lintang-pukang sehingga menjerit meminta tolong. Apatah lagi jika serangga ini menggunakan kedua-dua sayapnya lalu terbang ke sana ke sini. Habis satu rumah kena histeria!

Lipas dalam aiskrim keladi

Baru-baru ini, tular di media sosial apabila terdapat seekor lipas ditemui di dalam sebatang aiskrim berperisa keladi.

Kredit: Facebook/ Fareez Rahman

Mula dikongsikan seorang pengguna Facebook, Fareez Rahman di laman Masak Apa Tak Jadi Hari Ini, post kemudian mula tular ke laman media sosial lainnya antaranya di Twitter keesokan harinya.

Satu yang pasti foto tersebut nyata meloyakan tekak sesiapa sahaja yang melihatnya. Malah lelaki berkenaan difahamkan sudah pun memakan separuh dari aiskrim tersebut sebelum dia mula menyedari kewujudan serangga berkenaan.

Perkongsian tersebut membuatkan rata-rata netizen geli-geleman dan tidak dapat membayangkan sekiranya mereka yang termakan aiskrim tersebut.

Perkongsian Fareez itu setakat ini sudah meraih 18,000 tanda suka dan 5000 komen.

Malah perkongsian di laman Twittter yang dikongsikan seorang pengguna lainnya turut mendapat reaksi dari pihak netizen apabila mereka juga meluahkan rasa geli setelah melihat gambar tersebut.

Bahkan, ada juga yang turut berkongsikan pengalaman mereka akan makhluk ini di ruangan komen Twitter milik Yaya Mazlan.

Kredit: Twitter/@yyaamzl
Kredit: Twitter/@yyaamzl
Kredit: Twitter/@yyaamzl

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.