fbpx
Now Reading
Jadi Mangsa Curi, Ketua Polis PJ Hadiah Handphone Baru Pada Remaja Jual Burger

Jadi Mangsa Curi, Ketua Polis PJ Hadiah Handphone Baru Pada Remaja Jual Burger

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram kami disini!


Dalam kesibukan mencari rezeki yang halal, seorang remaja lelaki yang berusia 14 tahun ini diuji apabila dia menjadi mangsa kecurian di tempat kerjanya di Jalan Nuri Seksyen 7, Kota Damansara.

Difahamkan, Muhammad Nor Faizal ketika itu pergi meninggalkan gerainya seketika untuk ke tandas, namun apabila kembali semula ke sana dia menyedari bahawa telefon bimbit miliknya sudah lesap entah ke mana.

Kredit: Facebook/ Polis Daerah Petaling Jaya

Selain telefon miliknya hilang, wang tunai dan juga barang-barang jualan turut dicuri dari gerainya. Adik ini yang bekerja sebagai pekerja sambilan di sebuah gerai burger sewaktu musim cuti sekolah ini sedih apabila kejadian ini menimpa dirinya.

Sejak dari kes kecurian itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee bin Mohd Faisal menziarahi adik Muhammad Nor Faizal di tempat kerjanya, semalam untuk memberikan sebuah handphone baru kepadanya sebagai hadiah agar dia terus cekal menghadapi dugaan akan datang.

Kredit: Facebook/ Polis Daerah Petaling Jaya

Rata-rata ramai yang meninggalkan komen terharu atas keprihatinan beliau terhadap masyarakat sekeliling. Mereka juga berharap agar lebih ramai pegawai atasan Polis Diraja Malaysia seperti ACP Nik Ezanee agar orang ramai lebih mesra dengan anggota berkuasa.

Dalam pada itu, ramai yang meninggalkan komen terharu atas keprihatinan beliau terhadap masyarakat sekeliling. Malah, mereka juga berharap agar lebih ramai pegawai atas Polis Diraja Malaysia seperti ACP Nik Ezanee.

Kredit: Facebook/ Polis Daerah Petaling Jaya
Kredit: Facebook/ Polis Daerah Petaling Jaya
Kredit: Facebook/ Polis Daerah Petaling Jaya

Perkongsian yang dibuat di laman Facebook Polis Daerah Petaling Jaya itu telah pun mendapat sebanyak 5k tanda suka, manakala 646 komen di akaun Facebook berkenaan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.