fbpx
Now Reading
Ebit Lew Tawarkan 150 Buah Kerusi Roda Percuma Pada Yang Memerlukan

Ebit Lew Tawarkan 150 Buah Kerusi Roda Percuma Pada Yang Memerlukan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram kami disini!


Nama pendakwah muda iaitu Ustaz Ebit Lew sememangnya tak lekang di bibir masyarakat dek kerana sifatnya yang sering membantu orang yang dalam kesusahan.

Baru-baru ini, beliau bersama teamnya iaitu Pertubuhan Kasih Umat Malaysia sekali lagi menghulurkan bantuan dengan mendermakan sebanyak 150 kerusi roda sebagai hadiah kepada mereka yang memerlukan.

Menerusi entrinya di laman Facebook, beliau memohon agar orang ramai mendoakan usahanya dalam membantu golongan yang kurang bernasib baik.

Dalam perkongsiannya itu, beliau memberitahu bahawa sebanyak 150 buah kerusi roda yang baru dibeli untuk dihadiahkan kepada mereka yang memerlukan secara percuma.

Bahkan, beliau turut meletakkan nombor telefon Pertubuhan Kasih Umat Malaysia di ruangan kapsyen bagi supaya mudah untuk dihubungi oleh mereka yang memerlukan kerusi tersebut.

Dalam pada itu, perkongsian yang tidak kurang dari 24 jam itu telah pun mendapat sebanyak 294k tanda suka, manakala sebanyak 30k yang berkongsikan semula mengenai perkara itu di Facebook.

Malah, rata-rata ramai yang meninggalkan komen dengan menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada pendakwah terkenal ini kerana tidak pernah putus menyalurkan dana bagi membantu mereka yang memerlukan.

Kredit: Facebook/ Ebit Lew
Kredit: Facebook/ Ebit Lew

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.