fbpx
Now Reading
Insan Berjiwa Besar Yang Beri Inspirasi dan Harapan Pada Kita Sepanjang 2020

Insan Berjiwa Besar Yang Beri Inspirasi dan Harapan Pada Kita Sepanjang 2020

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram kami disini !

Tahun 2020 bakal melabuhkan tirai tidak lama lagi. Sudah pasti banyak perkara yang sudah anda dan kami ditempuhi sepanjang tahun ini.

Ada yang manis, ada yang pahit, namun satu yang pasti tahun ini merupakan tahun yang paling mencabar buat majoriti rakyat Malaysia dan juga seluruh penduduk di seluruh dunia susulan dari penularan wabak Covid-19.

Namun di sebalik kesuraman itu muncul ramai ‘penyelamat’ atau wira di dunia sebenar yang mengembalikan keyakinan dan harapan anda bahawa semuanya akan baik-baik sahaja.

Jadi sebagai mengargai usaha mereka di bawah kami senaraikan beberapa insan atau kumpulan yang membuatkan rakyat Malaysia teraspirasi untuk tahun 2020.

Ustaz Ebit Lew

Nama yang rasanya sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Ustaz Ebit Lew adalah seorang pendakwah bebas dan aktivis yang begitu pemurah. Beliau begitu prihatin dan sentiasa mengambil tahu tentang sesiapa sahaja yang berada di dalam kesusahan.

Boleh dikatakan segenap lapisan masyarat yang berada di Malaysia di bantu beliau, baik dari yang mereka yang berada di semenanjung mahupun di Sabah & Sarawak. Baik frontliners, golongan agamawan, rakyat biasa, peniaga, pengusaha bas sekolah malahan haiwan juga dibantu beliau.

Malah turut menyediakan khidmat van jenazah secara percuma untuk mereka yang memerlukan.

Kuan Chee Heng (Uncle Kentang)

Kuan Chee Heng atau lebih dikenali dengan panggilan Uncle Kentang adalalah seorang aktivis yang sangat terkenal di Malaysia. Pernah mencuba nasib sewaktu pilihanraya baru-baru ini, namun bukan itu yang ingin kami kongsikan.

Sebaliknya usaha, sumbangan serta kerja kerasnya dalam membantu masyarakat yang didalam kesusahan tanpa mengira agama dan bangsa. Baca disini

Sama seperti Ustaz Ebit, Uncle Kentang juga menawarkan perkhidmatan van jenazah serta ambulans.

Selain itu beliau turut mencipta kelainan apabila menawarkan perkhidmatan bas rombongan untuk mereka yang ingin ke majlis kahwin yang jauh dari kawasan mereka serendah RM70 . Baca disini

Terbaru Uncle Kentang difahamkan telah menawarkan khidmat sewa penginapan hanya dengan RM1. Anda bayangkan lah betapa besarnya jasa beliau ke masyarakat setempat.

Pereka fesyen & golongan selebriti bantu sedia PPE untuk pasukan perubatan

Disaat pasukan perubatan negara berepan masalah kekurangan sut pakaian pelindung diri  (PPE) dalam memerangi Covid-19, ramai nama-nama besar dunia fesyen tampil menghulurkan bantuan dengan menjahit dan menyediakan PPE.

Nama seperti Radzuan Radziwil, Jovian Mandagie, Khoon Hoo, Datuk Rizalman malah isteri Atu Zero, Shafeeqa Johari antara yang turut membantu menyediakan PPE tersebut.

Penyanyi veteran, Aishah turut tidak terkecuali apabila menjahit ribuan Faceshield untuk pasukan barisan hadapan seorang diri.

[Baca disini] [Baca disini] [Baca disini]

Golongan selebriti bantu orang ramai yang memerlukan

Terlampau ramai sebenarnya dan mungkin ada yang kami terlepas pandang. Dari pengacara radio, pelakon, pelawak dan penyanyi, golongan selebriti turut tidak terkecuali dalam membantu masyarakat.

Selain menubuhkan Dana PKP Siti Nurhaliza, Penyanyi No 1 Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza turut mengambil inisiatif membantu para peniaga yang terjejas teruk akibat Covid-19 dengan melakukan promosi dan ulasan secara percuma menerusi Instagram (IG) Story.

Selain itu Radin ERA dan Haniff Hamzah antara pengacara radio yang telah menyumbangkan sebahagian gaji mereka untuk golongan terjejas teruk susulan arahan PKP.

Malah Radin kemudainnya turut membuat lelongan kasut secara live di laman Instagramnya dimana hasil keuntungan tersebut diberikan kepada golongan yang didalam kesusahan. [Baca disini]

Zarina Anjoulie juga tidak kurang hebatnya apabila membantu mengagihkan bantuan makanan kepada mereka yang memerlukan malah Anju juga mendedahkan dalam diam-diam aktres Nor Fazura juga penah menghulurkan bantuan kepadanya dalam usahanya membantu orang lain.

Di Sabah pula, kita ada pelakon baru yang semakin meningkat naik, Adrian Edy yang banyak membantu masyarakat setempat dari segi bantuan makanan dan juga barangan keperluan.

Adrian juga telah melancarkan Foodbank di Sekolah Kebangsaan Pomotodon Inanam yang telah membantu ratusan keluarga di sana dan masih diteruskan ketika ini. Dan dia juga bakal melancarkan Bank Alat Tulis untuk membantu para pelajar dimana mereka boleh mengambil alat tulis di sana secara percuma.

Selain itu Tokti, Neelofa, Datuk Rizalman, Shuib Sepahtu, juga banyak membantu orang ramai dalam pelbagai aspek menerusi pertubuhan amal dan yayasan milik mereka sendiri.

Terlalu ramai sebenarnya golongan selebriti yang banyak menghulurkan bantuan, namun ada diantara mereka yang memilih untuk merahsiakan sumbangan mereka atas sebab sebab tertentu namun antara yang akhirnya diketahui adalah pasangan Johan & Ozlyn. [Baca di sini]

Kumpulan Netizen yang mulakan #Kitajagakita

Tanda pagar yang begitu popular di Malaysia sepanjang tahun 2020. Namun individu pertama yang memulakannya adalah penulis tempatan Hanna Alkaf dan rakan-rakannya.

Mereka kemudia melancarkan kempen #kitajagakita  iaitu program mengumpulkan senarai badan bukan kerajaan (NGO) dan individu yang membantu golongan memerlukan sepanjang PKP.

Ternyata usaha mereka berhasil malah ramai yang telah dibantu anak-anak muda ini. Malah semangat #kitajagakita masih kekal ke hari ini dan disematkan ke dalam jiwa seluruh rakyat Malaysia

[Baca disini]

Anak muda lancar kempen Pulang Mengundi Sabah

Sekumpulan 9 orang anak muda telah melancarkan inisiatif Pulang Mengundi Sabah yang mengumpulkan sumbangan dari orang awam termasuk dari sektor korporat untuk disalurkan kepada belia Sabah terpilih yang tidak mampu untuk pulang mengundi mengundi pada PRN Sabah. [Baca di sini]

Individu2 hebat bantu beri sumbangan makanan

Nama yang masih belum dikenali di seluruh Malaysia, namun jasa mereka cukup besar bagi masyarakat setempat. Antaranya Cikgu Maisarah Hannan dan rakan-rakannya yang sepakat menghulurkan bantuan kepada pelajar di sekolahnya, SMK Konven St. Cecilia,  Sandakan, Sabah dan penduduk berdekatan. [Baca di Sini]

Selain itu kehadiran peniaga-peniaga hebat yang hanya mengenakan caj murah bagi makanan mereka demi membantu orang ramai antaranya peniaga di Kuala Terenganu, yang terkenal di sana dengan makanan RM 1 mereka .

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.