fbpx
Now Reading
“Muda Sangat Ni” – Netizen Terkejut Pengantin Rupanya Baru 15 Tahun

“Muda Sangat Ni” – Netizen Terkejut Pengantin Rupanya Baru 15 Tahun

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Rezeki, pertemuan, ajal dan maut semuanya di tangan Maha Esa. Bila masanya dan waktunya, hanya Dia yang tahu.

Sama seperti yang lainnya, jodoh juga sebegitu. Jika sudah tiba masanya ia pasti akan tetap berlaku.

Begitu juga buat satu pasangan muda ini yang mula tular sejak semalam selepas video perkahwinan mereka dikongsikan seorang pengguna Tiktok,  @hariafiqah1 .

Kedua pengantin masih bawah umur

Menurut individu tersebut, kedua pasangan mempelai yang berkahwin di Tanah Merah Kelantan ini adalah di bawah umur.

Pengantin perempuan yang merupakan anak saudaranya baru berumur 15 tahun manakala suaminya pula baru menginjak ke usia 17 tahun.

@hariafiqah1

selamat pengantin baru anak saudara💙 @nrndna #fypシ #nikahmuda #foryoupage

♬ Di Renjis-Renjis – R. Ismail

Pasangan berkenaan yang menggunakan busana berwarna biru gelap dilihat sama cantik dan sepadan sewaktu berjalan beriringan.

Malah menerusi video berkenaan, jelas dilihat rakan-rakan yang mengiring dan membawa dulang juga dari kalangan anak muda.

@hariafiqah1

korang teka agak2 umur brpa diorang💙##fypシ ##nikahmuda

♬ original sound – nightmonyet – danny✨

Tak salah kahwin muda tapi kena tahu tanggungjawab

Dijengah ke ruangan komen, meskipun orang ramai pada mulanya agak terkejut setelah mengetahui usia pasangan berkenaan, mereka dilihat positif dan turut bergembira di atas perkahwinan pasangan tersebut.

Selain ucapan tahniah, ramai yang turut memberikan nasihat-nasihat berguna buat pasangan tersebut.

Malah ada segelintir yang berpendapat tidak salah untuk pasangan muda berkahwin, kerana mereka dapat mengelakkan perkara maskiat dan menghalalkan sesuatu perhubungan. Namun ramai mengingatkan bahawa tanggungjawab dalam rumah tangga adalah penting dan sentias harus bertolak ansur.

Perkahwinan merupakan satu ikatan suci yang sememangnya menjadi satu tanggungjawab andai kita berkemampuan. Walau bagaimanapun, jika jodoh sudah sampai, tiada apa yang dapat ditolak ole kedua-dua pasangan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.