fbpx

PDRM Cadang Remaja Guna Motosikal Bawah 70cc Sebagai Usaha Kurangkan Kemalangan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kadar kemalangan dalam kalangan remaja yang menunggang motosikal semakin hari semakin membimbangkan.

Malah statistik menunjukkan kumpulan terutama di bawah 20 tahun merupakan kumpulan dengan kadar kematian tertinggi berbanding kategori kumpulan umur lainnya bagi semua jenis kenderaan.

Justeru itu sebagai usaha mengurangkan angka kemalangan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mencadangkan agar remaja bawah 20 tahun hanya dibenarkan menunggang motosikal di bawah 70cc menjelang 2025.

Menerusi laporan FMT, Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasaan) Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Superintendan Bakri Zainal Abidin memaklumkan undang-undang berkenaan perlu diberi pertimbangan agar dapat dilaksanakan dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Setiap tahun golongan dalam usia itu mencatatkan kadar kematian tertinggi berbanding kategori kumpulan umur lain untuk semua jenis kenderaan dan hampir tiada pengurangan ketara selama ini,” katanya dipetik dari FMT.

Menurut Bakri lagi cadangan tersebut sudahpun disampaikan kepada kepada Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) dan Kementerian Pengangkutan (MOT).

Jelas beliau lagi, trend penjualan motosikal yang kini juga secara tidak langsung telah memberi impak negatif kepada remaja khususnya di pinggir dan luar bandar.

Ini sekaligus menyukar polis membendung amalan menunggang motosikal secara berbahaya di dalam negara.

“Model popular dalam kalangan golongan muda iaitu 150cc ‘Y Suku’ (Yamaha Y15ZR) mampu mencapai kelajuan sehingga 160km sejam.

“Melalui operasi yang dilakukan polis trafik di seluruh negara, kami dapati banyak jenis kapcai berbahaya kepada penunggang dan pengguna jalan raya lain,” katanya.

Difahamkan cadangan berkenaan telah dimasukkan dalam minit Mesyuarat Agung Tahunan MKJR ke-60 dan diserahkan kepada MOT bagi mengkaji kemungkinan mewujudkan kategori motosikal B3 yang baharu.



© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.