fbpx
Now Reading
Raja Permaisuri Mohon Ambil Tindakan Pada Individu Biadap Sunting Foto YDP Agong

Raja Permaisuri Mohon Ambil Tindakan Pada Individu Biadap Sunting Foto YDP Agong

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ledakan teknologi moden serta dunia digital telah memberikan impak yang besar kepada seluruh penduduk dunia. Harus diakui semuanya memang membantu memudahkan urusan manusia.

Bagi mereka yang kreatif, dengan bantuan teknologi mereka dengan mudahnya dapat menyunting sekeping gambar biasa dan dijadikan suatu benda yang seni.

Namun apalah gunanya jika kelebihan yang dimiliki digunakan pada jalan yang salah!

Terbaru, Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menerusi satu perkongsian di laman Instagramnya telah berkongsi beberapa foto suaminya, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang telah disunting individu yang tidak bertanggungjawab.

Menerusi posting sama baginda turut memuat naik kapsyen kurang senang terhadap individu terbabit yang disifatkan tidak menjaga sensitiviti orang lain dan secara sengaha menyunting foto dengan niat menghina Raja kita.

Kepada Allah (saya) Berserah

“Gara2 orang takde kerja , Buat cari dosa sahaja kan ! kepada Allah (saya) berserah ! SILA AMBIL TINDAKAN” tulis baginda menerusi ruangan kapsyen.

Difahamkan segala posting tersebut diambil dari akaun Instagram individu biadap ini yang menggunakan nama Bukan_banjago yang jelas menjadikan YDP Agong sebagai sasaran utamanya selain pahlawan Mat Kilau.

Perkongsian baginda kemudian mendapat perhatian ramai yang jelas kurang berpuas hati dengan tindakan individu terbabit. Ada juga yang mendakwa akaun berkenaan milik individu dari negara jiran Indonesia.

Apa-apa pun kami berharap agar si pelaku dapat dikesan dan dikenakan tindakan dalam kadar segera!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.