fbpx
Now Reading
Sudah Terima Suntikan Dos Pertama, Dr Amalina Kongsi Fakta Vaksin Covid-19 Kepada Orang Ramai

Sudah Terima Suntikan Dos Pertama, Dr Amalina Kongsi Fakta Vaksin Covid-19 Kepada Orang Ramai

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pelatih pakar bedah warganegara Malaysia di United Kingdom (UK), Dr. Nur Amalina Che Bakri menerusi satu perkongsian di laman Instagramnya memaklumkan yang dia sudahpun mendapatkan suntikan pertama vaksin Covid-19 disana.

Dia juga turut mengingatkan orang ramai agar agar tidak leka dan sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) memandangkan peningkatan kes Cocid-19 yang semakin ketara.

“Sudah terima suntikan vaksin pertama Pfizer Covid hari ini.

“Marilah kita semua terus mematuhi panduan Covid, kes semakin meningkat, makin ramai yang ditempatkan di hospital, katil semakin penuh. Ini bukan masanya untuk leka.

“Saya harap tahun depan akan jadi lebih baik,” tulis Dr Amalina juga merupakan Pelajar Cemerlang SPM 2004 .

Dalam pada itu, beliau turut berkongsi beberapa fakta mengenai Covid-19 bagi memudahkan orang ramai lebih memahami wabak tersebut.

Dalam pada itu beliau turut berkongsi kepada orang ramai tentang beberapa fakta mengenai vaksi Covid-19 dalam memberikan pemahaman kepada orang ramai antaranya :

  • Vaksin yang tersedia adalah selamat dan mengikut protokol keselamatan seperti biasa, termasuklah ujian klinikal fasa 1-3.
  • Vaksin COVID-19 sama sekali tidak akan membuat anda yang di vaksin dijangkiti virus tersebut.
  • Pengambilan vaksin boleh membantu mencegah jangkitan COVID-19.
  • Mendapatkan vaksin mRNA tidak akan mengubah DNA si penerima.
  • Mereka yang mempunyai COVID-19 masih boleh mendapat manfaat daripada suntikan vaksin.
  • Ibu menyusu serta wanita hamil dibenarkan untuk mendapatkan vaksin, namun perlulah mendapatkan berbincang dengan doktor terlebih dahulu.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.