fbpx
Now Reading
Empat Penunggang Motosikal Terjatuh Dipercayai Akibat Tumpahan Minyak [Video]

Empat Penunggang Motosikal Terjatuh Dipercayai Akibat Tumpahan Minyak [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak pagi tadi tular klip rakaman dashcam memperlihatkan beberapa penunggang motosikal terbabas dan terjatuh di Jalan Kuching menghala ke Pusat Bandaraya Kuala Lumpur.

Menerusi Twitter, wartawan berita, Mohd Redzuan Abdul Manap turut berkongsi video yang berdurasi 47 saat itu sehingga menarik perhatian netizen.

Akibat tumpahan minyak

Difahamkan kejadian tersebut berlaku akibat tumpahan minyak pada permukaan jalan. Menerusi klip tular itu, beberapa penunggang motosikal yang sedang melalui jalan berkenaan tiba-tiba dilihat gagal mengawal motorsikal masing-masing secara tiba-tiba sebelum kesemuanya terjatuh.

Namun mereka agak bernasib baik kerana semua pengguna jalan raya di belakang berjaya memperlahankan kenderaan masing-masing dan membantu kesemua mangsa.

Video berkenaan turut tular di laman Facebook menerusi laman Info Roadblock JPJ/POLIS.

Perkongsian tersebut membangkitkan kemarahan orang ramai yang memohon pihak berwajib untuk menyiasat insiden berkenaan samaada ia adalah satu perbuatan khianat.

Malah beberapa netizen khususnya penunggang motosikal turut mendakwa pernah mengalami situasi sama dan berharap pihak berwajib untuk membuat sesuatu dikhuatiri  ia akan berlaku lagi pada masa akan datang dan boleh meragut nyawa.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.