fbpx
Now Reading
Wanita Berhenti Diet Lepas Jumpa Tikus Dalam Bungkusan Salad

Wanita Berhenti Diet Lepas Jumpa Tikus Dalam Bungkusan Salad

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram kami disini!


Bagi mereka yang mahu menguruskan badan pasti memilih untuk mengamalkan makanan yang sihat seperti memperbanyakkan pengambilan sayur-sayuran, betul tak?

Namun lain pula yang terjadi pada seorang wanita yang tinggal di Isle of Wight ini apabila menemukan bangkai seekor tikus didalam bungkusan plastik yang tertulis ‘sedia dimakan’ milik Sainsbury’s salad.

Bahkan, Christine Egerton berkata dia terpaksa membuka kesemua tingkap di rumah flatnya untuk membuang bau busuk yang disebabkan oleh bangkai tikus terbabit.

Kredit: Hyde News and Pictures

“Jika ini bukan iklan yang baik untuk anda menanam sayur sendiri, saya tak tahu apa itu.

“Tidak akan pernah mendapat ini lagi, ia berbau busuk seperti dikatakan kami tidak akan makan malam ini, semua makan telah pun dibuang, kami semua muntah.

“Saya membelinya beberapa hari yang lalu di Newport Isle of Wight.

“Bau busuk itu telah kami bersihkan, dimana-mana tingkap dibuka,” katanya.

Kredit: Hyde News and Pictures

Malah, ianya menyebabkan Egerton berputus asa dengan dietnya gara-gara menemukan tikus tersebut didalam salad miliknya.

Hal itu menyebabkan dia akan kembali memakan keropok dengan harapan untuk mengelakkan kejadian yang sama berulang lagi.

Dalam pada itu, dia turut mengatakan bahawa dia diberi tawaran dari pihak Sainsbury’s secara percuma setelah mengadu mengenai kejadian tersebut.

Jurucakap bagi Sainsbury’s berkata, mereka telah pun berhubung dengan pelanggan tersebut dan menyiasat akan perkara berkenaan.

“Kami telah berhubung dengan pelangan dan sedang menyiasat mengenai isu terbabit.

“Kami meminta maaf atas pengalamannya dan menawarkan ‘gesture of goodwill’ kepadanya,” kata jurucakap tersebut.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.