fbpx

Gadis Fitnah Neelofa Akhirnya Mohon Maaf

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Individu yang sebelum ini hangat diperkatakan selepas dipercayai memfitnah pengacara dan usahawan, Neelofa akhirnya tampil membuat permohonan maaf di laman media sosial.

Menerusi satu posting dilaman instagramnya, individu tersebut yang dikenali dengan nama Syamira Syafira telah memuat naik kenyataan mengakui bahawa dia telah mengeluarkan kenyataan tidak berasas dan tidak benar pada 26 Disember lalu.

“Saya, Syamira Safiya dengan ini menarik balik kenyataan yang saya buat terhadap Cik Neelofa serta pembantu peribadi beliau di Twitter dan pelbagai platform media sosial pada 26 Disember 2020.

“Saya mendakwa dan membuat pernyataan itu tanpa asas dan ia adalah tidak benar,” katanya

Meskipun mengakui tidak berniat jahat, gadis ini menjelaskan dia kesal dengan tindakannya mencemarkan nama baik Neelofa, pembantu peribadinya dan kesemua mereka yang terlibat.

“Kenyataan itu tidak dibuat dengan niat jahat untuk berbohong atau mencemarkan nama baik mereka.

“Saya juga amat kesal kerana tindakan peribadi ini menimbulkan rasa malu, sedih dan membawa kesusahan kepada mereka,” katanya. 

Permohonan maaf atas kerelaan diri sendiri

Tambahnya lagi permohonan maaf yang dilakukannya ini adalah diatas kerelaan hatinya sendiri. 

“Permohonan maaf ini saya buat di atas kerelaan hati saya sendiri untuk saya perbetulkan keadaan tanpa tekanan daripada mana-mana pihak,” katanya. 

Terdahulu nama gadis ini menjadi sebutan selepas dia berkongsi beberapa cerita ‘tidak benar’ mengenai perhubungan Neelofa dan penceramah, PU Riz.

Malah dia turut memuat naik beberapa screenshot whatsapp yang dipercayai ada kaitan dengan mereka berdua. Keadaan tersebut memanaskan lagi isu membabitkan Neelofa & penceramah bebas tersebut sehingga memaksa Neelofa sendiri untuk tampil menafikan segala dakwaan tersebut.

Β© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.