fbpx
Now Reading
Ibu Luah Rasa Terkilan, Terkejut Tengok Rambut Anak Dibotakkan.. [Video]

Ibu Luah Rasa Terkilan, Terkejut Tengok Rambut Anak Dibotakkan.. [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram kami disini!


Dalam islam, ibu bapa disunatkan untuk melakukan majlis akikah bagi bayi yang baru lahir untuk mencukur rambutnya sehingga botak.

Tapi, lain pula yang terjadi pada si ibu yang berasal dari Indonesia ini apabila berasa terkilan setelah melihat rambut anak perempuannya dibotakkan oleh ibunya sendiri.

Novilia Sari yang memuat naik di aplikasi TikToknya itu memberitahu bahawa ibunya tidak seharusnya membotakkan kepala anaknya biarpun ianya tidak terlalu lebat.

Selain itu, menerusi perkongsian video tersebut turut kelihatan reaksi suaminya yang kecewa dengan tindakan ibu mertuanya itu.

Bukan anaknya sahaja, tetapi cucu yang lain turut dibotakkan juga

@mamaghan

Cucunya yang lain dibotakin lagi🧐

♬ Papalepa – 𝙅𝙪𝙨𝙩_𝙈𝙚💫

Dalam pada itu, ibunya menjelaskan bahawa rambut si comel itu akan tumbuh dengan lebat selepas dibotakkan kepalanya.

Menurut pasangan ini, meskipun anak perempuannya kini sudah botak, namun dia masih terlihat cantik dan comel.

Mereka yang sebelum ini terkejut dengan tindakan ibunya yang membotakkan kepala anak perempuannya tanpa pengetahuan mereka itu telah pun memaafkan ibunya dan reda dengan apa yang terjadi kepada anak perempuan mereka.

Tetap nampak cantik walaupun dah botak

Menerusi ruangan komen, rata-rata ramai yang bersetuju bahawa si comel itu masih terlihat cantik biarpun tiada sehelai rambut di kepalanya.

Kredit: TikTok/ @mamaghan
Kredit: TikTok/ @mamaghan

Perkongsian yang dimuat naik di aplikasi TikTok milik @mamaghan ini dilihat mendapat sebanyak 317.5k jumlah orang yang menonton video berkenaan, manakala 8,948 yang menekan tanda suka.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.