fbpx
Now Reading
Lucu Tapi Kesian, Foto Pemuda Ini ‘Santai’ Hadapi Banjir Raih Perhatian Netizen

Lucu Tapi Kesian, Foto Pemuda Ini ‘Santai’ Hadapi Banjir Raih Perhatian Netizen

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram kami disini !

Baru sahaja memasuki tahun 2021, negara kita sudah berdepan pelbagai cabaran. Selain Covid-19 yang masih mengganas, faktor cuaca yang tidak menentu diburukkan lagi dengan keadaan banjir di beberapa negeri.

Mendengar dan melihatnya dari jauh sudah cukup menerbitkan rasa kasihan kepada mangsa apatah lagi mereka yang sedang mengharunginya.

Bukan sahaja rumah mereka ditenggelamkan, malah mereka terpaksa menanggung kerugian akibat kerosakan pada perkakas rumah khususnya barangan elektronik.

Namun situasi ini agak berbeza dengan seorang pemuda ini yang dilihat begitu santai dan penuh aura positif walaupun rumahnya teruk dilanda banjir.

Menerusi satu perkongsian di Twitter, @muhamadfaris22 telah berkongsi foto keadaan rumahnya yang ditenggelami air.

Namun fotonya begitu mencuri tumpuan kerana dia dilihat begitu selesa ‘duduk dan bekerja’ diluar rumah rumah yang sudah digenangi air sambil ‘menggunakan’ beberapa perkakasan elektrik seperti laptop, kipas, lampu dan penapis air elektrik.

Amik angin luar kejap

Dia dalam masa sama turut memuat naik video pendek memperlihatkan aksi ‘selamba’ dan santai seolah sedang menggunakan laptopnya kelihatan seperti sudah dipenuhi lumpur.

Hidup itu harus santai

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai respon dari netizen, rata-rata merasakan ianya lucu namun dalam masa sama turut berasa simpati di atas nasib yang melanda lelaki terbabit.

Malah ada juga yang berpendapat pemuda ini cuba menghiburkan hatinya sendiri disaat dia sedang berdepan keadaan yang sukar.

Anda cuba berhibur disaat situasi sukar

Semua jahanam dah mat, tapi aku respek positifnya bro ni

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.