Nak Untung Lebih Punya Pasal, Peniaga Di Indonesia Sanggup Sembur Cat Merah Pada Cili Jualan

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram kami disini !

Dalam keghairahan mencari keuntungan dalam perniagaan, ada peniaga yang sanggup melakukan apa sahaja agar mereka dapat mengaut kentungan yang besar.

Namun seorang peniaga di negara jiran, Indonesia dilihat lebih berani apabila bertindak mewarnakan cili kuning dan cili muda yang dijualnya dengan cat berwarna merah.

Cili merah lebih mahal

Difahamkan peniaga dari Kabupaten Banyumas, Jawa Tengah bertindak sedemikian semata-mata untuk mendapatkan keuntungan yang lebih lumayan memandangkan harga cili merah ketika ini lebih mahal berbanding cili kuning di sana.

Namun nasibnya tidak baik selepas dia tertangkap dan sedang disiasat pihak polis tempatan.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Banyumas, Komisioner Berry, berkata suspek tersebut berasal dari Kampung Nampirejo dan ketika ini pihaknya sedang menjalankan siasatan terhadap petani lain di Temenggung.

“Perbuatan suspek terbongkar selepas polis menyerbu kediamannya di Temanggung dan menemui beberapa tin cat berwarna merah

“Motifnya ekonomi. Cili merah berharga IDR 45,000 sekilo (kira-kira RM12.70) sedangkan cili kuning berharga IDR19,000 (kira-kira RM5.40) sekilogram,” kata jurucakap polis tempatan.

Menerusi laporan Kompas, peniaga tersebut yang juga seorang petani telah menjual hasil tanamannya itu di tiga buat pasar yang berbeza iaitu di Pasar Wage Purwokerto, Pasar Cermai Baturraden dan Pasar Kemukusan Sumbang

Hasil serbuan itu lagi, polis juga telah menemui 5 hingga 6 kilogram cili yang dicat dalam setiap bungkus 30 kilogram cili merah.

Ekoran dari tindakan beraninya itu lelaki berkenaan kini bakal berdepan hukuman penjara 15 tahun.

Pegawai Pentadbiran Makanan dan Dadah (POM), Sulianto, berkata cili yang dicat itu dijumpai di Pasar Wage Purwokerto, Pasar Cermai Baturraden dan Pasar Kemukusan Sumbang.

“Ada penjualan cili yang  tidak diwarnakan di beberapa pasar. Pegawai menemukan cili dengan pewarna di lima gerai penjual di tiga pasar.

“Jika anda melihat secara fizikal, ia kelihatan seperti cat kerana jika anda menggunakan pewarna makanan,  sangat sukar untuk melekat. Ini jelas bukan pewarna makanan,” kata Suliyanto lagi.

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

5 hours ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

1 day ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

1 day ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

1 day ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

1 day ago