fbpx

Honda Kekal Jenama Bukan Nasional Paling Laris Di Malaysia 6 Tahun Berturut-turut

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram kami disini !

Honda Malaysia hari ini mengumumkan berjaya mengekalkan kedudukan sebagai jenama bukan nasional paling laris di Malaysia bagi tahun 2020.

Dengan rekod penjualan sebanyak 60,469 buah kenderaan, kejayaan ini dipacu oleh penjualan model City serba baharu generasi ke -5 yang mencatatkan jualan tertinggi iaitu 34 peratus dari jumlah jualan.

Manakala model Civic dan HR-V turut mencatat penjualan yang memberangsangkan dengan masing-masing menyumbang 20 peratus dan 17 peratus kepada jumlah jualan.

Menerusi satu perkongsian di Facebook, Honda Malaysia memaklumkan model serba baharu City mereka telah berjaya merekodkan jualan bulanan tertinggi dalam sejarahnya dimana 5,500 unit telah dijual pada Disember 2020 sahaja.

Honda City baharu yang baru dilancarkan pada Oktober 2020 telah menerima sambutan positif apabila menerima tempahan lebih 15,200 setakat ini, sekaligus menjadikannya antara angka tempahan tertinggi bagi model baharu untuk separuh kedua 2020.

Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama, meskipun tahun 2020 agak mencabar, namun Honda mampu mengekalkan kedudukan nombor satu dalam segmen bukan nasional untuk tahun keenam berturut-turut dengan jualan 60,469 unit.

Tambah beliau, model City terus membuktikan tempatnya sebagai model Segmen B bukan nasional yang paling popular untuk pasaran tempatan.

“Bagi pihak Honda Malaysia, saya mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan kami kerana menjadikan pencapaian ini sebagai yang penting walaupun pada masa yang mencabar ini

“Kami juga ingin berterima kasih kepada pihak kerajaan Malaysia kerana melanjutkan pengecualian cukai penjualan yang membantu lebih banyak rakyat Malaysia membeli kereta dengan penjimatan tambaha

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.