fbpx
Now Reading
RM1 Mungkin Miliki Nilai Yang Sama Dengan SG$1 & B$ Jika Malaysia Tidak Tarik Diri Dari Perjanjian Ini

RM1 Mungkin Miliki Nilai Yang Sama Dengan SG$1 & B$ Jika Malaysia Tidak Tarik Diri Dari Perjanjian Ini

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penularan Covid-19 telah membuka mata rakyat Malaysia bahawa terdapat ratusan ribu rakyat negara ini yang bekerja di Singapura.

Itu pun secara tidak langsung diketahui selepas media tempatan mula melaporkan tentang nasib dan masa depan lebih 200,000 pekerja warga Malaysia di sana yang dilihat tidak menentu ekoran penutupan sempadan ke dua-dua negara dalam mengekang penularan wabak maut tersebut.

Dan akhirnya dalam masa beberapa bulan, ribuan dari mereka telah diberhentikan kerja dan ketika ini masih berusaha keras mendapatkan pekerjaan dalam negara.

Persoalan seperti ‘kenapa mereka memilih untuk bekerja di Singapura’ rasanya tidak perlu diperjelaskan lagi. Seluruh rakyat Malaysia baik rakyat di selatan atau di mana-mana pelusuk negara pasti tahu jawapannya.

Ia disebabkan nilai matawang Singapura Dollar SGD yang begitu tinggi sekaligus memberikan pendapatan lebih tiga kali ganda selepas ditukarkan kepada Ringgit Malaysia.

Foto : CNA

Namun tahukah anda, situasi sebegini sebenarnya tidak berlaku sebelum tahun 1973?

Malah sebelum 1973, negara kita, Singapura dan Brunei terikat pada satu perjanjian Pertukaran Mata Wang yang turut dikenali sebagai Currency Interchangeability Agreement (CIA) 1967 di mana Ringgit Malaysia boleh ditukar pada nilai yang sama dengan dolar Singapura dan dolar Brunei.

Jika dimudahkan iaitu RM 1= SGD 1= BND 1 atau turut digelar The equal dollars.

Bukan itu sahaja, menerusi perjanjian tersebut, ketiga-tiga mata wang ini boleh digunapakai di ketiga-tiga negara tanpa sebarang pengecualian.

Namun semuanya berakhir pada pada 8 Mei 1973, selepas kerajaan Malaysia memutuskan mengundurkan diri dari perjanjian Pertukaran Mata Wang tersebut manakala dua lagi negara jiran tersebut masih lagi mengekalkan perjanjian mereka sehingga kini.

Jadi anda sudah faham bukan kenapa mata wang Dolar Brunei (B$) kekal sama nilainya dengan Dolar Singapura S$ sehingga ke hari ini ?

Malah sehingga kini kedua-dua negara masih mengekalkan perjajian asal yang mana matawang mereka masih masih sah digunakan tanpa perlu ditukar ke matawang tempatan.

Menarik bukan? Umpama matawang Euro yang boleh digunakan di seluruh Eropah.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.