fbpx
Now Reading
“Saya Tiada Komen, Ini Tempoh Bertenang” – Annuar Musa

“Saya Tiada Komen, Ini Tempoh Bertenang” – Annuar Musa

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram kami disini !

Rakyat Malaysia khususnya pengikut dunia politik hari ini dikejutkan dengan pemecatan Tan Sri Annuar Musa sebagai Setiasausaha Agung Barisan Nasional(BN)

Difahamkan pemecatan Annuar yang digantikan dengan Datuk Seri Ahmad Maslan diumumkan Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam satu ucapan semasa perjumpaan khas bersama Ketua-Ketua UMNO Bahagian di Pusat Dagangan Dunia (WTC) sebentar tadi.

Terbaru, Menteri Wilayah itu menerusi satu hantaran di Twitternya menggambarkan keadaan di dalam parti ketika ini sebagai tempoh bertenang bagi dirinya.

“Ramai yang minta komen..saya tiada apa komen buat masa ini..Tempoh bertenang…” ciapnya di laman Twitter  sebagai mengulas laporan media berhubung pemecatannya.

Menerusi hantaran sama Annuar yang Ahli Parlimen Ketereh turut berkongsi tangkap layar perbualannya bersama Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menerusi WhatsApp selepas menerima khabar tentang pemecatannya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.