fbpx
Now Reading
Buang Foto Seksi, Alunan Merdu Selawat Zizi Kirana & Johan Tilawah Antarabangsa Buat Netizen Terpegun [Video]

Buang Foto Seksi, Alunan Merdu Selawat Zizi Kirana & Johan Tilawah Antarabangsa Buat Netizen Terpegun [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram kami disini !

Penyanyi & rapper Zizi Kirana bukan lagi satu nama asing dalam industri hiburan. Namun Zizi mencuri tumpuan baru-baru ini apabila tular video dia mengalunkan selawat bersama Johan Tilawah al-Quran peringkat Antarabangsa, Farhatul Fairuzah.

Video tersebut pada mula dikongsikan Farhatul di laman Instagram miliknya sebelum video berkenaan mula tular selepas orang ramai yang kagum dengan kemerduan gabungan suara mereka berdua.

Difahaman kedua mereka melantunkan selawat tersebut sewaktu sedang menghadiri rakaman program “Rahsia Ramadhan” di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) baru-baru ini.

Zizi juga pada masa sama turut berkongsi satu lagi video di laman Tiktoknya memperlihatkan dia sedang membaca al-Quran dipercayai sewaktu di acara yang sama.

@kir4n4

Pertama kali tampil mengaji di kaca TV , mau tercabut lutut 😬 InsyaAllah saya akan terus belajar lagi ❤️ #RahsiaRamadhan

♬ original sound – Zizi Kirana

Perkongsian tersebut nyata mempesonakan orang ramai, malah ianya membuka mata orang ramai untuk bermuhasabah diri agar tidak lagi menghakimi seseorang dari luarannya.

Dont judge a book by its cover

Malah Zizi juga sempat memuat naik fotonya yang kelihatan begitu manis mengenakan tudung dan jubah di laman Instargramnya.

Sebagai rekod Zizi sebelum ini pernah bergelar seorang ustazah yang mengajar kanak-kanak sekampungnya mengaji.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.