
Lelaki Ini Kongsikan 10 Perkara Yang Dihadapi Mangsa Banjir Yang Mungkin Ramai Tak Tahu
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram kami disini !
Umum pasti mengetahui fenomena banjir bukanlah satu perkara baharu di negara ini.
Sebagai contoh pada awal tahun ini beberapa negeri teruk terkesan ekoran dari banjir besar iaitu negeri Pahang, Johor ,dan Terengganu, dan turut berlakdu di Kelantan, Perak & Selangor.
Bagi mereka yang berpengalaman atau sedang berdepan situasi ini, mereka pasti tahu cabaran, dan dugaan yang perlu dilalui semasa berlakunya tragedi sebegini.
Perkara yang paling penting pastinya menyelamatkan diri dan keluarga dari sebarang bahaya yang mungkin timbul selain menyelamatkan barangan berharga seperti dokumen diri dan sebagainya.
Namun tak semua rakyat Malaysia pernah berdepan ujian dan situasi mencabar ini bukan?
Menerusi laman Twitter, saudara Faisal Rahim telah berkongsi pengalamannya yang sudah beberapa kali menghadapi situasi getir sebegini.
Ciapan tersebut sekaligus membuka mata orang orang ramai betapa sukarnya keadaan yang dihadapi mangsa banjir ketika ini. Mari ikuti perkongsi Faisal Rahim di bawah :
Makanan bukan satu masalah besar
Ini perkara yg mungkin RAMAI TAK TAHU bila berlaku banjir.
— Faisal Rahim (@acaiijawe) January 4, 2021
Ini berdasarkan pengalaman 3x duduk pusat pemindahan banjir.
1. Makanan BUKAN satu masalah besar. Malah ia berlimpah ruah sampai beberapa bulan tak habis. Semua bagi bantuan makanan.
*Sambil kongsi gambar banjir lepas. pic.twitter.com/Au5C6hHHvb
Masalah utama adalah tandas
Jelasnya masalah paling besar adalah tandas. Ini kerana semua tandas tidak berfungsi sewaktu banjir ekoran dari lubang tandas dipenuh air.
3. Penternak binatang paling kasihan. Ada beratus-ratus ekor lembu, kambing, puluh ribu ekor ayam kena pindah ke tempat lain.
— Faisal Rahim (@acaiijawe) January 4, 2021
Takde kandang utk letak.
Takde makanan (rumput tenggelam).
Banyak binatang lemas.
Itu belum ayam, kucing dll yang 1-2 minggu duduk atas pokok tak makan. pic.twitter.com/qVG3eWNyrz
Banyak pokok mati & perabot semua rosak
5. Banyak perabot rosak & pintu tak boleh buka.
— Faisal Rahim (@acaiijawe) January 4, 2021
Kenapa?
Perabot zaman sekarang semua dari serbuk kayu. Bila terendam air, kitchen cabinet, almari baju, meja makan, perabot Ikea dll akan kembang & rosak.
Pintu kayu merantipun kembang. Kena ketam semula.
SEMUA kena beli lain😭. pic.twitter.com/tXqwLaIsyg
Binatang dalam tanah keluar, jauhi pokok kerana jadi perlindungan binatang liar
8. Kena jauhi pokok. Semua jenis binatang liar akan panjat pokok untuk berlindung. Ular sawa, ular tedung, biawak, musang dll.
— Faisal Rahim (@acaiijawe) January 4, 2021
9. Kejadian kecurian berleluasa. Setiap kali musim banjir, banyak rumah kena pecah masuk. Diaorang ambil kesempatan rumah kosong 😪. pic.twitter.com/7xLpOuoWTg
Mangsa banjir diserang penyakit kulit & cirit birit
10. Banyak penyakit kulit & cirit birit berlaku kat mangsa selama berminggu-minggu.
— Faisal Rahim (@acaiijawe) January 4, 2021
Cukuplah setakat ini.
Semoga semua tempat yang dilanda banjir di seluruh negara segera pulih.
Ujian banjir ini seksanya hanya yg pernah alami faham. Emosi, fizikal dan kewangan akan terjejas. pic.twitter.com/iFNrPK4PW4