fbpx
Now Reading
Slip Gaji Pengawal Keselamatan Ini Jadi Topik Debat Netizen Kerana Gaji ‘Basic’ Hanya RM550

Slip Gaji Pengawal Keselamatan Ini Jadi Topik Debat Netizen Kerana Gaji ‘Basic’ Hanya RM550

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram kami disini !

Masih mempunyai perniagaan atau pekerjaan yang stabil di saat pandemik Covid-19 ini bagaikan satu rahmat buat semua orang.

Namun apalah sangat status masih bekerja itu sekiranya anda menerima gaji yang tidak setimpal dengan usaha yang anda lakukan.

Itu yang berlaku kepada seorang pengawal keselamatan yang sedang bertugas dengan satu syarikat keselatamatan di Pulai Pinang selepas tular slip gajinya yang disifatkan orang ramai sebagai ‘terlalu rendah’ dan langsung tidak berpatutan.

Foto slip gaji individu terbabit pada mulanya dikongsikan seorang rakannya, Ahmad Fauzee Aziz, yang mendedahkan nasib individu terbabit yang hanya diberikan gaji pokok sebanyak RM 550 sahaja untuk pekerjaannya .


“Saya agak terkejut bila mana mendapat tahu.Sahabat saya yang berkerja di salah satu syarikat sekuriti sebagai pegawai keselamatan di salah satu kilang di pulau pinang yang berkhidmat hampir 15 tahun.

“Bila saya tengok slip gaji dia, benda pertama yang saya cakap dia dah jadi mangsa tipu.

“Saya pernah suruh berkali kali sahabat saya berhenti dan cari kerja lain.Sebabnya, tuan-tuan boleh tgok sendiri ya. Gambar cukup menjelaskan kenapa “katanya.

Menerusi slip gaji yang dikongsikan individu tersebut, jelas menunjukkan sahabatnya hanya mendapat gaji pokok sebanyak RM550 dan elaun lain sehingga RM575 menjadikan jumlah gajinya untuk setiap bulan adalah sebanyak RM1,125.

“Kalau ada sesiapa yang mengenali kawan-kawan yang bekerja di pejabat buruh boleh mesej saya di Messenger bagi nombor telefon.

“Saya nak bertanya beberapa soalan. Adakah boleh diambil tindakan terhadap syarikat ini yang terang-terang menipu orang? Gaji basic yang ditetapkan di Malaysia sebanyak RM1200 bukan nya RM 500+,” soalnya dalam perkongsian berkenaan.

Perkongsian tersebut yang tular kemudian menerima pelabagai respon dari netizen dengan majoritinya dilihat terkejut dan bersetuju gaji yang diterima di mengikut peraturan yang ditetapkan.

Sah sah kena aniaya

Tiada socso tiada EIS

Namun begitu ada segelintir yang berpendapat perkara tersebut bergantung kepada jenis kontrak yang dipersetujui pekerja. Ini kerana menurutnya di dalam negara kita terdapat dua jenis kontrak samaada jenis perkhidmatan mengikut jam (upah) atau sistem gaji biasa.

“Kita dekat Malaysia ada dua jenis kontrak. Kalau jenis ikut jam atau kita panggil kontrak untuk perkhidmatan sebab itu tak boleh nak lawan,” tulis seorang netizen.

Jelasnya lagi rakannya itu hanya diberikan satu hari rehat untuk setiap minggu.

Sebagai rekod mengikut Perintah Gaji Minimum 2020, kadar gaji minimum bagi pekerja di mana-mana kawasan Majlis Bandaraya atau Majlis Perbandaran adalah sehingga RM1,200 setiap bulan. Untuk mereka yang tidak mempunyai gaji pokok (upah) juga harus dibayar dengan amaun yang sama.

Manakala mereka yang bekerja di lokasi selain Majlis Bandaraya atau Majlis Perbandaran sama ada yang dibayar dengan gaji pokok atau mengikut kadar kerja ditetapkan pula adalah sebanyak Rm1,100.

Jadi apa pandangan anda?

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.