Dituduh Tak Ambil Peduli Banjir Di Kampung Halaman, Rupanya Tokti Hantar Selori Sumbangan Ke Lipis
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram kami disini !
Hiba dan tidak senang duduk mendengarkan kampung halamannya teruk dilanda banjir, penyanyi No 1 Negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza tidak menunggu lama apabila beliau bertindak menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di sekitar Lipis, Pahang.
Menerusi satu perkongsian di laman Instagramnya, Siti Nurhaliza atau lebih mesra dengan panggilan Tokti dilihat memuat naik beberapa foto berupa barangan keperluan yang akan dihantar ke beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) di Lipis.
Perkongsian itu sekaligus menepis tuduhan yang dilemparkan netizen kononnya penyanyi kesayangan negara itu tidak ambil peduli dengan apa yang terjadi di negeri kelahirannya.
Menerusi perkongsian tersebut Tokti menjelaskan beliau bertindak menghantarkan bantuan berkenaan selepas melihat mangsa banjir disana yang kelihatan sukar mendapatkan bekalan yang mencukupi.
“Bekalan barangan keperluan dihantar dari Kuala Lumpur kerana beberapa hari ini sukar mendapatkan bekalan yang cukup dari daerah sekitar di Pahang yang mengalami banjir.
Moga dilapangkan rezeki untuk fasa seterusnya
“Semoga perjalanan team kami ke sana dipermudahkan Allah, fasa pertama dan moga dilapangkan terus rezeki untuk fasa seterusnya,” tulis Tokti menerusi ruangan kapsyen.
Tambah penyanyi kesayangan ramai itu lagi, meskipun fizikalnya tidak dapat ke sana ekoran dari keadaan yang tidak mengizinkan, namun dia sentiasa mengirimkan doa dan berusaha agar bantuan yang diperluka tiba ke sana.
“Tubuh saya tidak sana tetapi doa dan usaha saya & kalian sampai ke sana”
“Saya tidak dapat turun padang dan melihat sendiri kesukaran di Lipis khususnya, bukan tidak mahu tetapi keadaan saya tak mengizinkan.
“Meskipun ramai yang bertanya, apakah saya tidak berbuat apa-apa? Allah! Tubuh saya mungkin tidak berada di sana tetapi doa dan juga usaha saya, usaha kalian semuanya sampai ke sana,” tambah beliau lagi.
Difahamkan pengurus beliau, Rozi Abdul Razak yang mewakilinya bagi menyampaikan sumbangan tersebut disana.
Perkara tersebut turut dikongsikan Rozi di laman instagramnya. Malah beliau turut memuat naik foto menerusi perkongsian yang sama.
“KL-Benta-Lipis hari ini. Semoga segalanya dipermudahkan, selamat tiba di destinasi, menyampaikan amanah Siti Nurhaliza dan kembali ke KL semula dengan selamat juga” kata Rozi.