fbpx
Now Reading
5 Aksesori Penting Yang Perlu Ada Dalam Setiap Kereta, Amat Membantu Di Saat Kecemasan

5 Aksesori Penting Yang Perlu Ada Dalam Setiap Kereta, Amat Membantu Di Saat Kecemasan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebagai seorang pemandu atau pemilik kereta, pernahkah korang terfikir mengenai peralatan penting yang patut korang sediakan di dalam kereta sebelum keluar ke mana-mana?

Kegagalan memiliki barang-barang ini sebenarnya akan menyukarkan anda sekiranya berlaku sebarang situasi kecemasan.

Apatah lagi ramai ketika ini masih lagi dalam ‘mood’ berjalan-jalan memandangkan rakyat di negara kita ketika ini sudah dibenarkan untuk merentas negeri.  Jadi, aspek keselamatan kenderaan jangan sesekali dilupakan!

Menurutt Iqram Fiqrie Ismail, seorang pemilik bengkel di  di Kangar, Perlis. Alatan-alatan ini sering dianggap remeh sedangkan ia sebenarnya begitu membantu disaat anda benar-benar memerlukannya.

Jadi di bawah kami senaraikan 5 alatan tersebut untuk sebagai peringatan dan rujukan anda :

1. Kit dan beg kecemasan

Foto : Proguard

Malang tidak berbau bukan? Jadi apa salahnya anda sediakan first aid kit asas didalam kenderaan anda antaranya minyak angin, plaster pembalut luka dan panadol.

Untuk beg kecemasan pula, sekurang-kurangnya ia harus dilengkapi alatan keperluan yang boleh diguna jika berlaku kecemasan seperti kain lap, pisau poket, plastik, sarung tangan, lampu suluh dan bateri (di asingkan), tukul cermin dan set pemutar skru.

#2. Air minuman (Air kosong)

 Air minuman banyak keperluannya, sebaiknya sediakan sebotol air minuman (sebaiknya botol besar) sebelum memulakan sesuatu perjalanan.

Selain untuk diminum, air boleh digunakan untuk mencuci tangan, atau membasuh sebarang kotoran. Yang paling penting, air juga boleh digunakan untuk dituang ke dalam radiator jika perlu.

#3 Kon keselamatan atau segi tiga kecemasan

Antara barang yang tidak dianggap penting namun begitu berguna sewaktu kecemasan. Segi tiga kecemasan atau kon keselamatan sebenarnya perlu ada dalam setiap kenderaan.

Alatan ini begitu berguna sekiranya kenderaan anda rosak lebih-lebih lagi pada waktu malam.

Untuk menggunakannya anda disarankan untuk meletak kon keselamatan atau segi tiga kecemasan ini pada jarak di antara 3 meter hingga ke 6 meter dari belakang  kenderaan yang rosak.

#4 Kabel pelompat bateri

Satu lagi barang wajib ada yang kerap diabaikan pengguna jalan raya. Kabel pelompat bateri atau dalam bahasa inggeris dipanggil Jumper Cable sangat penting kerana ianya dapat menghidupkan kereta yang mengalami masalah bateri.

Periksa sama ada kenderaan anda mempunyai peralatai ini atau tidak. Jika tiada anda boleh membelinya di kedai aksesori kereta atau di mana-mana stesen minyak berdekatan anda. Harganya juga tidak terlalu mahal iaitu kira-kira RM50.

Selain jenis ini, anda juga boleh mendapatkan pelompat bateri jenis mudah alih (portable) yang kini mudah didapati secara online atau di kedai aksesori kereta. Alatan jenis ini yang menariknya mampu menghidupkan enjin hanya menggunakan dengan bank kuasa (power bank) khas tanpa perlu mendapatkan bantuan kenderaan lain.

Harganya juga agak bersesuaian dengan fungsinya iaitu sekitar RM120 ke atas.

#5 Tayar ganti dan peralatan

Mana-mana kereta pada masa kini pasti dilengkapi tayar ganti dan mungkin dengan peralatan. Namun ada pemandu yang tidak pernah menggunakan tayar ganti mereka sehingga mengabaikan kondisinya dan menganggap ia masih dalam keadaan elok dan boleh digunakan pada waktu kecemasan

Jadi periksa tayar ganti, pastikan ia mempunyai angin yang mencukupi dan dalam kondisi yang baik. Dapatkan tayar gantian yang baru sekiranya ia tidak lagi sesuai untuk digunakan. Jangan pandang remeh isu ini kerana malang tidak berbau.

Selain itu pastikan alatan-alatan untuk menukar tayar juga ada di dalam kenderaan anda. Antaraya seperti bicu (jack) dan soket perengkuh (wrench) atau sepana roda.

Anda memerlukan semua alatan ini untuk memudahkan proses mengganti tayar di saat kecemasan.

Alatan tambahan

Selain 5 alatan ini anda juga digalakan untuk menyediakan beberapa lagi peralatan penting seperti :

  • Lampu (head lamp atau lampu suluh)
  • Jaket reflektif
  • alat pemadam api

Mudah bukan? Semua ini demi keselesaan dan memudahkan anda di kala kecemasan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.