fbpx
Now Reading
Didakwa Hasut Penyokong, Akaun Twitter Milik Trump Disekat Sementara

Didakwa Hasut Penyokong, Akaun Twitter Milik Trump Disekat Sementara

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://twitter.com/TwitterSafety/status/1346970432017031178

Akaun Twitter milik Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump hari ini, khamis disekat selama 12 jam kerana didakwa memuat naik Tweet yang berunsur menghasut penyokongnya.

Tindakan oleh pasukan keselamatan Twitter ini diambil selepas Trump dilihat berkongsi beberapa ciapan dan video tanda protesnya terhadap keputusan pilihan raya di sana baru-baru ini.

Malah di dalam hantaran tersebut dia juga turut mengeluarkan kenyataan tidak berasas dengan mendakwa pilihan raya tersebut telah di curi oleh pencabarnya yang juga presiden baru yang telah dipilih, Joe Biden.

Hasil penelitian kami beberapa status dan video tersebut Trump telah dibuang malah turut diberi amaran oleh Twitter Safety kerana “ia tidak lagi tersedia kerana melanggar Peraturan Twitter”.

Malah Twitter Safety turut memberi amaran akan terus menyekat akaun tersebut sekiranya Trump masih berdegil untuk tidak membuang ciapan tersebut.

Malah mereka juga memberi amaran keras akan menutup terus akaun twitter tersebut sekiranya Trump masih melakukan kesalahan sama di masa akan datang.

Sejak semalam terdapat beberapa protes dan rusuhan kecil yang sedang berlaku di Bangunan Capitol selepas penyokong Trump yang tidak berpuast hati dengan keputusan pilihan raya cuba menghalang Joe Biden dari menjadi Presiden AS seterusnya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.