fbpx
Now Reading
Pernah Lihat Foto Lelaki Menangis Ini Dijadikan ‘Meme’? Anda Pasti Tersentak Jika Tahu Kisah Disebaliknya

Pernah Lihat Foto Lelaki Menangis Ini Dijadikan ‘Meme’? Anda Pasti Tersentak Jika Tahu Kisah Disebaliknya

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kami yakin ramai dari anda pasti pernah mendengar ayat ‘Bersenda gurau ada batas-batasnya’ bukan?

Ini kerana tidak semua perkara boleh dijadikan satu bahan lawak, terutamanya hal yang membabitkan perasaan seseorang.

Jika anda kerap melayari media sosial tidak kira Facebook, Twitter mahupun Instagram, pasti anda pernah terlihat sticker atau meme di bawah ini. Malah ianya juga popular di kalangan pengguna whtatsapp .

Kelihatan lucu dan sesuai dengan stickernya bukan?

Namun pernahkah anda terfikir dari mana asalnya foto tersebut dan siapa lelaki di dalam foto berkenaan.

Pendedahan yang dikongsikan lelaki, Syed Mohd Nazli Jamalullail pasti mengejutkan anda dan akan membuatkan anda tersentak, dan berfikir sejenak siapakah yang begitu tergamak sekali menggunakan foto insan terbabit untuk tujuan melawak…

Hantaran ini sebenarnya sudah dikongsikan Syed Mohd Nazli pada 18 April 2020 lalu namun ia kembali tular setelah foto berkenaan sekali lagi dilihat berlegar-legar di media sosial selepas dikongsikan oleh orang ramai.

Jom ikuti perkongsian Syed Mohd Nazli di bawah :

Gurauan?

Ya, saya tidak menolak gurauan. Berguraulah tetapi bersederhanalah dengan gurauan kita.

Saya cuma nak nyatakan bahawa, sangat tidak sepatutnya kita mengutip gambar-gambar di media sosial dan mengedit tulisan seperti gurauan di atas tanpa mengetahui gambar siapa dan kenapa dia menangis dalam keadaan sebegitu.

Airmata bapa kehilangan 5 anak sekaligus

Gambar di atas ialah gambar kawan saya bernama Zulkifli bin Mohd Noor di Pondok Upeh, Balik Pulau, Pulau Pinang. Kawan saya ini dirakam gambarnya menangis begitu sayu ketika menceritakan peristiwa tsunami pada tahun 2004.

Dalam tragedi itu saudara Zul kehilangan lima (5) anaknya sekaligus, termasuk anak tunggal lelaki dalam keluarganya semasa tsunami membadai Pantai Pasir Panjang di Balik Pulau, Pulau Pinang.

Lima anak Zulkifli yang terkorban ialah Siti Nurain, 17; Mohd. Shukri, 12; Siti Nur Shuhada, 10; Siti Nur Atikah, 9, dan Siti Suraya, 5.

Anak yang terselamat ialah Siti Fairuz, 16, dan Siti Zulaikha, 1.

Gambar saudara Zul dalam keadaan yang sangat bersedih sayu itu tiba-tiba kita gunakan untuk tujuan bergurau.

Ya, mungkin yang melakukannya tidak tahu siapa dan kenapa saudara Zul bersedih sebegitu.

Justeru saya nasihatkan kita seeloknya tidak begitu mudah menggunakan gambar orang-orang yang tidak kita kenali untuk apa tujuan sekalipun.

Terima kasih.

Syed Mohamad Nazli bin Syed Ahmad Jamalullail
18 April 2020
BBB

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.