fbpx
Now Reading
Tular Video Wanita Buang Sampah Ke Sungai, Keluarga Dakwa Mereka Buang Saka

Tular Video Wanita Buang Sampah Ke Sungai, Keluarga Dakwa Mereka Buang Saka

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini tular video berdurasi 20 saat tular memperlihatkan seorang wanita membuang dua bungkusan plastik dari kenderaan yang dinaikinya di percayai di sebuah jambatan di Kelantan.

Tindakannya nyata menarik perhatian netizen yang rata-ratanye mengecam tindakan wanita berkenaan yang disifatkan kurang kesedaran sivik.

Turut menarik perhatian Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA)

Bukan setakat netizen sahaja, video berkenaan turut mendapat perhatian Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA), Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang meluahkan rasa kecewa diatas tindakan wanita terbabit memandangkan pihaknya ketika ini sedang giat mempromosikan dan melancar kempen menjaga sungai.

“Pelaku seharusnya insaf dan diharap dapat memohon maaf atas sikap buruk yang ditunjukkan itu.

“Terima kasih kepada yang membuat rakaman,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook .

Namun, tidak lama kemudiannya tular satu tangkap layar yang dipercayai diambil dari sebuah grup Facebook yang menjelaskan keadaan wanita tersebut.

Dia yang turut memohon maaf kemudian memaklumkan bahawa dia terpaksa membuang ‘sampah’ tersebut yang sebenarnya berisi ‘sesuatu’ didalamnya.

Keluarga memohon maaf, terpaksa buang barang ‘saka’

Menerusi paparan tangkap layar itu lagi pihak wanita berkenaan turut memohon orang ramai agar menghentikan kecaman kerana pesakit tersebut mengalami kemurungan yang teruk ekoran dari penularan video berkenaan.

Tambahnya mereka hanya mengikiktu nasihat pengamal perubatan tersebut dan memohon orang ramai agar faham situasi mereka.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.