fbpx
Now Reading
Pelik Tapi Benar! Wanita Siap Berdandan & Berpakaian Cantik Hanya Untuk Buang Sampah

Pelik Tapi Benar! Wanita Siap Berdandan & Berpakaian Cantik Hanya Untuk Buang Sampah

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bunyinya kedengaran pelik dan seolah tiada kerja bukan?

Namun itulah yang dilakukan oleh seorang wanita dari Essex England ini apabila dia dikatakan mempunyai satu rutin yang luar biasa dimana dia berpakaian cantik hanya untuk membuang sampah,

Nicola Matthews, 49, mencuri tumpuan rakyat dan media England selepas kisahnya mula tular di sana.

Selain mengenakan gaun siap dengan kasut tinggi, Nicola juga difahamkan akan ‘bersiap’ dan berdandan terlebih dahulu seolah-olaj dia akan menghadiri satu majlis tarian.

Namun sebaliknya Nicola yang juga seorang mekap artis ini hanya akan berjalan beberapa tapak dari rumahnya untuk membuang sampah.

Bosan jalani perintah berkurung

Malah semua ini dilakukan Nicola kerana terlalu bosan selepas lama menjalani perintah berkurung dan sebagai usahanya menceriakan penduduk setempat.

Foto : SWNS

Dapat idea dari foto seorang selebriti

Nicola difahamkan mula mendapat inspirasi selepas terlihat foto hos program Britain’s Got Talent, Amanda Holden yang mengenakan gaun semasa berada di dalam rumah.

“Saya mendapat idea sebegini selepas melihat foto seorang selebriti yang mengenakan gaun panjang ketika membuang sampah, jadi saya pun mengambil keputusan untuk melakukan perkara sama.

“Saya seronok dapat keluar dengan berpakaian cantik walaupun untuk membuang sampah,” katanya Nicola.

Bermula dengan gurauan kini menjadi rutin

Dia sendiri tidak menyangkakan gurauannya itu akhirnya menjadi satu rutin untuknya pada setiap rabu dan aktivi ini juga sudah berterusan selama 20 minggu.

“Kebiasaannya, saya akan meluangkan masa sekitar sejam untuk bersiap termasuk bersolek dan mendandan rambut.

“Pada setiap Rabu, saya akan keluar membuang sampah dengan berpakaian seperti ini dan meminta bantuan jiran untuk merakam gambar sebagai kenangan,” ujarnya lagi.

Namun perbuatan Nicola bukan satu kerja gila. Sebaliknya di pada Mei lalu pernah berjalan sejauh 3.5 batu dengan menolak troli sampahnya sambil mengenakan pakaian berkenaan demi mengumpul dana untuk balai bomba di kawasan tersebut, memetik dari laporan Fox News.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.