fbpx
Now Reading
KKM Dedah 3 Kesilapan Yang Kerap & Tidak Sepatutnya Dilakukan Sehingga Covid-19 Cepat Merebak

KKM Dedah 3 Kesilapan Yang Kerap & Tidak Sepatutnya Dilakukan Sehingga Covid-19 Cepat Merebak

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dinafikan penularan COVID-19 dalam negara semakin membimbangkan. Penularannya juga semakin pantas dengan ribuan kes dilaporkan setiap hari.

Persoalannya apakah caranya untuk mengelakkan wabak tersebut merebak dengan begitu cepat terutama dikalangan kenalan terdekat kita.

Terbaru Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi perkongsian di media sosial mendedahkan kesilapan  yang sering dilakukan orang ramai yang secara tidak langsung menjadi penyumbang kepada penularan virus COVID-19.

Kesilapan yang dimaksudkan adalah berkomunikasi tanpa mengenakan pelitup muka dikalangan individu rapat seperti rakan sepejabat, rakan karib juga, saudara.

Justeru saranan mereka adalah kita harus sentiasa mengenakan pelitup muka bagi melindungi diri dan keluarga kita.

Sebagai rekod setakat semalam, 10 Januari 2021, Malaysia sudahpun mencatatkan 135,992 kes, mengatasi jumlah kes di negara China yang mempunyai sekitar 87,536 kes sahaja.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.