fbpx
Now Reading
PKP 2.0 Di Enam Negeri Zon Merah Mulai Rabu, Aktiviti Sosial Kembali Dilarang Kecuali di Perlis & Sarawak

PKP 2.0 Di Enam Negeri Zon Merah Mulai Rabu, Aktiviti Sosial Kembali Dilarang Kecuali di Perlis & Sarawak

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kerajaan hari ini telah kembali memutuskan untuk melaksanakan kembali Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk tempoh 14 hari bermula jam 12.01 malam Rabu ini, hingga 26 Januari, 2021.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khasnya hari ini berkata, ianya perlu dilakukan memandangkan pada ketika ini, fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah tidak mampu untuk menampung peningkatan sehingga 2,000 kes baharu setiap hari.

The situation today is indeed very alarming. Our healthcare system is under tremendous pressure now than at any other time since the start of the pandemic. As I have said before, unprecedented situations call for unprecedented measures,” katanya lagi.

Perintah itu membabitkan tiga peringkat pelaksanaan iaitu PKP ke atas enam negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.

“Kedua, PKP Bersyarat (PKP-B) ke atas enam (6) buah negeri iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan.“Ketiga, PKP Pemulihan (PKP-P) pula akan dilaksanakan bagi negeri Perlis dan Sarawak dan akan diteruskan sepanjang tempoh tersebut,” katanya lagi.

Aktiviti sosial tidak dibenarkan

Selaras dengan pelaksanaan tersebut segala aktiviti sosial membabitkan perkumpulan dan kehadiran orang ramai dalam satu tempat yang sama seperti kenduri kahwin, persidangan, perarakan keagamaan termasuk Thaipusam, mesyuarat, seminar, kursus dan sukan berkumpulan tidak dibenarkan sama sekali.

Larangan ini berkuatkuasa kepada semua negeri yang dikenakan PKP dan PKPB namun dikecualikan kepada Perlis dan Sarawak  yang masih didalam PKPP.

“Bagaimanapun bagi Perlis dan Sarawak di bawah pelaksanaan PKP Pemulihan (PKP-P), aktiviti sosial adalah dibenarkan, tertakluk kepada pematuhan SOP yang ketat,” katanya dalam perutusan khas yang disiarkan secara langsung di stesen-stesen televisyen tempatan.

Rentas negeri dilarang di seluruh negara, dan larangan rentas daerah di 6 negeri

Bagi tempoh ini, pergerakan rentas negeri di seluruh negara juga tidak dibenarkan di seluruh negara manakala bagi kawasan 6 negeri yang dikenakan PKP, pergerakan rentas daerah juga adalah di larang.

“Pergerakan rentas negeri adalah tidak dibenarkan di seluruh negara manakala bagi kawasan PKP, pergerakan rentas daerah juga tidak dibenarkan .

“Susulan larangan pergerakan merentas negeri dan daerah ini, operasi sekatan jalan raya (SJR) akan mula berkuatkuasa pada jam 12.01 tengah malam, Rabu, 13 Januari 2021. Bagi negeri yang dilaksanakan PKP, pergerakan anda adalah terhad di dalam 10 kilometer radius sahaja” jelas beliau lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.