fbpx
Now Reading
“Varian Baharu Covid-19 Dari UK B.1.1.7 Sudah Dikesan Di Malaysia” – DG Hisham

“Varian Baharu Covid-19 Dari UK B.1.1.7 Sudah Dikesan Di Malaysia” – DG Hisham

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram kami disini !

Nampaknya varian baharu wabak COVID-19 yang sebelum ini di kesan dari United Kingdom pada 20 September tahun lalu, iaitu B.1.1.7 ataupun 202012/01 yang difahamkan boleh menular dengan pantas, sudah pun mula dikesan di dalam negara.

Perkara itu dikongsikan sendiri Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi satu hantaran di laman Facebooknya.

Menurut Dr Hisham, kes pertama tersebut dilaporkan dari seorang pengembara yang mempunyai sejarah perjalanan ke United Kingdom pada bulan Disember 2020.

Dia didapati positif pada 28 Disember 2020 dan telah diasingkan untuk rawatan lanjut.

“Sejak Oktober 2020, KKM telah melakukan pemantauan terhadap kesemua pengembara dari negara-negara yang telah melaporkan kes mutasi varian UK B.1.1.7 ini termasuk dari United Kingdom, Belanda, Singapura, Turki, Filipina dan India.

“Sebanyak 968 sampel telah diuji sejak Oktober 2020 dan telah melakukan ‘genome sequencing’ bagi mengesan jenis mutasi UK B.1.1.7 ini kepada 24 sampel.

“Setakat 11 Januari 2021, tiada penularan dalam negara telah dikesan berkaitan virus mutasi UK B.1.1.7 tersebut. KKM melalui Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan CPRC Kebangsaan akan sentiasa memantau perkembangan mutasi UK B.1.1.7 ini dan akan memaklumkan dari semasa ke semasa.

Boleh menular dengan cepat

Walaupun mutasi UK B.1.1.7 ini tidak menyebabkan gejala yang teruk, namun, ia boleh menular dengan mudah dan cepat. Orang ramai dinasihati agar sentiasa mengamalkan kebersihan kendiri dengan kerap membasuh tangan, memakai pelitup muka terutamanya di tempat awam, dan menjaga penjarakan fizikal setiap masa.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.