fbpx
Now Reading
Wakil Tunggal Asia, Nicol David Tercalon Dalam Senarai Atlet Terhebat Sepanjang Zaman

Wakil Tunggal Asia, Nicol David Tercalon Dalam Senarai Atlet Terhebat Sepanjang Zaman

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram kami disini !


Lagenda skuasy negara, Datuk Nicol Ann David mencuri tumpuan ramai apabila dicalonkan dalam senarai ‘Greatest Athletes of All Time.

Beliau yang merupakan pemegang takhta pemain no 1 dunia selama sembilan tahun juga merupakan satu-satunya atlet dari Asia yang berada di dalam senarai anjuran The World Games itu.

Nicol berjaya menempatkan diri sebagai 24 calon akhir Sukan Dunia yang mewakili 24 sukan berbeza selepas dicalonkan oleh badan skuasy antarabangsa, World Squash Federation.

Setakat artikel ini ditulis, Nicol sedang mendahului kutipan undian berbanding atlet dari sukan lain selepas berjaya menerima 112,324 Undian

“Satu penghormatan besar dicalonkan Sukan Dunia sebagai Atlet Terhebat Sepanjang Zaman.

“Teruskan menyokong saya dengan undian anda,” tulis Nicol menerusi satu hantaran di Facebooknya.

Sebagai rekod, ratu skuasy kelahiran Pulau Pinang ini berjaya mencipta fenomena dalam dunia skuasy selepas merangkul lapan kejuaraan dunia, satu pencapaian yang sukar digugat mana-mana pemain skuasy wanita.

Malah Nicol David juga memegang rekod dalam sukan skuasy dunia baik dari dari kategori lelaki ataupun wanita apabila menghuni takhta No. 1 dunia selama 108 bulan berturut-turut.

Menerusi laman The World Games, 10 atlet dengan undian tertinggi akan disenarai pendekkan pada 20 Januari ini dan pemenang Atlet Terhebat Dunia Sepanjang Zaman akan dinobatkan pada 1 Februari.

Good luck Nicol David! Buat rakyat Malaysia teruskan mengundi Datuk Nicol David di sini atau copy & paste link ini di browser anda : http://ow.ly/RINu30rrN0U

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.