fbpx
Now Reading
Dikritik Kerana Isu Trademark ‘Harimau Menangis’, Ini Respon Dari Pihak Ibu Neelofa

Dikritik Kerana Isu Trademark ‘Harimau Menangis’, Ini Respon Dari Pihak Ibu Neelofa

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak malam tadi media sosial hangat memperkatakan mengenai isu pendaftaran nama atau cap dagangan Daging Harimau Menangis yang dilakukan ibu kepada pengacara dan usahawan terkenal, Neeola iaitu Noor Kartini menerusi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

Ianya mula disedari selepas penularan foto permohonan Trademark tersebut dan video yang diambil dari IG Story Noor Kartini dimana beliau memaklumkan pihaknya dipercayai Noor Khan Enterprise sudah memohon untuk mempatenkan trademark Harimau Menangis dipercayai untuk jenama Aunty Tini Kitchen.

Isu berkenaan kemudian menimbulkan reaksi negatif dikalangan netizen yang menyifatkan nama tersebut tidak seharusnya dipatenkan memandangkan ia sudah begitu lama di gunakan oleh orang ramai di Malaysia sekaligus akan memberikan kesan kepada peniaga yang turut menjual makanan berkenaan.

Terbaru, pihak Noor Kartini dan syarikatnya Noor Khan Enterprise menerusi satu kenyataan di akaun Instagram rasmi Aunty Tiny Kitchen telah tampil memperjelaskan isu berkenaan.

Menurut mereka, pendaftaran nama tersebut di MyIPO bersifat untuk melindungi penggayaan, susun atur grafik, kod warna dan perkataan ‘Harimau Menangis’ pada bungkusan produk mereka.

Ianya sekaligus dapat mengelakkan sebarang produk tiruan yang boleh menimbulkan masalah kepada mereka dan juga pengguna.

Tidak menghalang mana-mana pihak menjual produk sama

“Pihak kami tidak pernah menghalang mana-mana pihak untuk menjual produk yang sama selagi ia tidak menyerupai bungkusan produk yang pihak kami pasarkan.

“Selain itu kami sentiasa mengamalkan polisi persaingan perniagan yang sihat” katanya lagi.

Memohon maaf atas kesilapan kata-kata

Menerusi kenyataan itu lagi, mereka juga memohon maaf diatas kesilapan kata-kata di dalam video yang tular itu.

“Pihak kami memohon maaf atas kesilapan kata-kata yang digunakan dalam kandungan video yang tular di media sosial pada malam 12 Januari 2021” kata kenyataan itu lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.