Now Reading
Timb. Menteri KKMM, Datuk Zahidi Zainul Abidin Pula Positif Covid-19

Timb. Menteri KKMM, Datuk Zahidi Zainul Abidin Pula Positif Covid-19

Selepas beberapa Menteri, kini Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin pula disahkan dijangkiti Covid-19.

Beliau difahamkan mengetahui perkara berkenaan selepas menerima keputusan ujian saringan awal pagi tadi.

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) menerusi satu kenyataan memaklumkan Zahidi menjalani saringan di Kuala Lumpur pada Isnin (11 Januari) sebaik tiba dari Pulau Pinang.

Difahamkan beliau telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk menjalani rawatan lanjut megikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.