fbpx
Now Reading
Wanita Malaysia Diburu Polis Korea Selepas Disyaki Curi Duit Bernilai RM53 Juta, Siap Padam Rakaman CCTV

Wanita Malaysia Diburu Polis Korea Selepas Disyaki Curi Duit Bernilai RM53 Juta, Siap Padam Rakaman CCTV

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pasukan polis di Korea Selatan ketika ini sedang memburu seorang wanita warga Malaysia.

Semuanya selepas sebuah kasino, Landing Casino milik sebuah firma Hong Kong, Landing International Development Ltd. yang terletak di Pulau Jeju telah kehilangan wang berjumlah 14.56 bilion won (RM53.7 juta) secara misteri.

Menerusi laporan SCMP, wanita tersebut difahamkan adalah salah seorang kakitangan yang bertanggungjawab mengendalikan dana dari premis berkenaan. Namun dia sudah mula bercuti sejak hujung Disember yang lalu.

Pihak polis bagaimanapu percaya terdapat lebih dari seorang yang terlibat didalam insiden tersebut.

Isu kehilangan tersebut kemudian mula diwarkan-warkan oleh syarikat berkenaan kepada pemegang saham menerusi laman web mereka.

Menerusi kenyataan berkenaan, pihak mereka menjelaskan sedang menjalankan siasatan dan sedang mengesan kakitangan mereka yang terlibat iaitu wanita warga negara Malaysia tersebut yang berusia dalam lingkungan 50-an.

Lebih mengejutkan apabila rakaman dari kamera litar tertutup (CCTV) sewaktu kejadian berlaku telah dipadam menyebabkan orang ramai merasakan ianya adalah satu jenayah terancang.

Pihak Landing International Development Ltd. yang juga pengendali resort terbesar di Korea iaitu Jeju Shinhwa World bagaimanapun masih optimis bahawa wang yang hilang itu masih lagi berada di didalam pulau berkenaan.

Ini kerana menurut mereka, wang berkenaan memiliki berat 280 kilogram justeru sukar di bawa keluar oleh sesiapa dan yang pastinya ia perlu melepasi pelabuhan ataupun lapangan terbang.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.