Now Reading
“Doakan Saya & Keluarga” – Instafamous Hafiz Mahamad Positif Covid-19 Hari Pertama PKP

“Doakan Saya & Keluarga” – Instafamous Hafiz Mahamad Positif Covid-19 Hari Pertama PKP

Nama instafamous Hafiz Mahamad cukup dikenali di laman media sosial. Usahawan muda ini kerap mencuri perhatian ramai dengan konten yang dihasilkan yang disifatkan ‘lain dari lain’.

Terbaru Hafiz atau nama betulnya Abdul Haifz Harisuddin Mahamad membuat satu pendedahan yang mengejutkan di laman Instagramnya memaklumkan dirinya positif Covid-19.

Lebih mengecewakan apabila dia disahkan positif pada hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedangkan dia sebelum itu sudah merancang untuk meluangkan masa bersama anak dan isterinya.

“Hari pertama PKP & hari pertama saya positive Covid-19…”

“PKP ni ingat nak spend time dgn family dekat rumah sebab sebelum ni jarang ada waktu free sepenuhnya/

“Nah, bangun je pagi bila terima result & terus amik bag bawa ke bilik bawah untuk saya kuarantin diri ” kata instamous tersebut.

Bersyukur anak isteri bebas Covid-19

Meskipun merasakan dia ada kurang menjaga keselamatan diri sebelum ini, Hafiz bagaimanapun meluahkan rasa syukurnya kerana anak dan isterinya bebas dari jangkitan tersebut. Dia juga memohon orang ramai untuk mendoakan keluarganya

“Last week saya & keluarga ada juga buat swab test, still negative tapi harini 1st day PKP saya disahkan positive. Alhamdulilah Allah makbulkan doa saya bila isteri, anak saya negative.

“Siapa yg positive macam saya, insyaAllah kita doa baik baik & bertenang.Mungkin ada kurangnya saya menjaga keselamatan diri & insyaAllah sama sama kita repair perkara ni” katanya lagi.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.