“Macam Ajak Lepak Mamak” – Bermula Dengan Usikan, Pasangan Ini Berjaya Bernikah Sehari Sebelum PKP

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !
Umum pasti mengetahui enam negeri termasuk Selangor ketika ini sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0)
Dengan pelaksanaan ini, rakyat di negeri terlibat tidak dibenarkan melakukan sebarang aktiviti sosial yang melibatkan orang ramai seperti majlis perkahwinan, seminar, kursus dan pelbagai lagi.
Namun sejak semalam, tular beberapa kisah pengantin-pengantin baru yang bertindak untuk bernikah awal dari hari yang ditetapkan kerana khuatir PKP akan berterusan untuk satu tempoh yang lama.
Antara yang mencuri tumpuan adalah kisah pengguna Twitter ini @amrhoth yang sepatutnya melangsukan pernikahan bersama pasangannya pada 6 Februari. Namun dengan izin Maha Esa, mereka berjaya melangsungkan pernikahan berkenaan pada 12 Januari 2021, sehari sebelum PKP dilaksanakan.
Keputusan paling gila-gila
Craziest decision ever!
— 𝕒𝕞𝕣𝕙.𝕠 (@amrhoth) January 13, 2021
From this To this pic.twitter.com/nft3GCYwnO
Yang menariknya, menerusi satu tangkap layar yang dikongsikan Amirah, semuanya bermula dengan gurauan dimana dia secara berseloroh mengajak tunangnya, Hazim untuk bernikah pada hari itu.
Namun siapa sangka, usikan tersebut menjadi realiti apabila tunangnya terus bersetuju untuk mencuba nasib memandangkan ia adalah hari terakhir sebelum PKP kembali dilaksanakan.
Allah sebaik-baik perancang
Despite getting only 4 hrs to get ready dengan kelam kabut cari baju nk pakai (recycle jubah lama 😂) , did my own makeup, had my sis to do nails, and my best friends ambik EL just to do my hijab and help me go through this, Alhamdulillah Allah ease every steps of it 🥰 pic.twitter.com/grmsDrwU8I
— 𝕒𝕞𝕣𝕙.𝕠 (@amrhoth) January 13, 2021
Bagaikan sudah tertulis dan dengan izin Allah, mereka berjaya mendapatkan slot untuk bernikah 4 jam sebelum majlis akad diadakan iaitu selepas solat Zohor.
Ibu bapa terus beri persetujuan.
Still indecisive should proceed ke tak but i ran back masuk rumah told my parents about this crazy plan 😂 and Alhamdulillah both my parents & in law are on board with us! ❤️ so know know already married hahahaha pic.twitter.com/5Gy1BdolwU
— 𝕒𝕞𝕣𝕙.𝕠 (@amrhoth) January 13, 2021
Akhirnya bergelar suami isteri
Berbekalkan baki 4 jam, mereka kemudia terus menyiapkan diri untuk ke majlis akad tersebut dimana segalanya di bantu keluarga dan teman rapat.
Malah mereka dilihat santai mengenakan jubah sewaktu majlis akad berlangsung.

Dijengah ke ruangan komen, ramai yang mengucapkan tahniah kepada pasangan berkenaan. Malah ramai berpendapat perjalanan mereka telah dipermudahkan dengan izin Maha Esa dan sokongan dari ibu bapa yang sporting.
Muka parents cooperative!
Muka happy dua-dua congratulations! Tengok muka parents pun sekilas dah tau cooperative taknak susahkan anak-anak as long as pandai jaga diri 😂😂😂❤️💕
— Strike Force Safee (@osofjord) January 13, 2021
Perkahwinan itu mudah..
Perkahwinan itu mudah. Tahniah sis
— Ace of Spades♠️ (@00hafiz_ali) January 14, 2021
Macam ajak lepak mamak
