fbpx
Now Reading
Mak Neelofa Akhirnya Batal Permohonan Trademark Harimau Menangis

Mak Neelofa Akhirnya Batal Permohonan Trademark Harimau Menangis

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram kami disini !

Teruk dikecam netizen gara-gara permohonan cap dagangan di atas produk ‘Harimau Menangis’, ibu kepada pengacara dan usahawan Neelofa Mohd Noor, iaitu Datin Noor Kartini Noor Mohamed akhirnya mengambil keputusan membatalkan niatnya itu.

Perkara tersebut diumumkan sendiri oleh Noor Kartini menerusi satu sidang media secara virtual pada petang Khamis bagi meredakan isu tersebut yang tular di media sosial.

“Saya membuat keputusan membatalkan permohonan trademark Harimau Menangis secepat mungkin. Tindakan saya itu sebenarnya untuk melindungi jenama perniagaan dan agen daripada produk-produk tiruan.

“Saya memohon maaf dan sedar akan kekhilafan yang telah dilakukan. Saya berharap keputusan itu dapat menjelaskan dan meredakan keadaan.,” katanya.

Dia juga turut menjelaskan tujuannya memohon cap dagangan tersebut adalah bagi melindungi penggayaan, susun atur grafik, kod warna dan tulisan perkataan ‘Harimau Menangis’ pada bungkusan produknya seperti yang dimaklumkan pihaknya menerusi satu kenyataan media pada petang rabu.

Terdahulu isu ini menjadi hangat di Twitter selepas penularan foto permohonan Trademark tersebut dan video video berdurasi 37 saat yang diambil dari IG Story Noor Kartini.

Menerusi video tersebut Kartini memaklumkan pihaknya dipercayai Noor Khan Enterprise sudah memohon untuk mempatenkan trademark Harimau Menangis dipercayai untuk jenama Aunty Tini Kitchen.

Isu berkenaan kemudian menimbulkan reaksi negatif dikalangan netizen yang menyifatkan nama tersebut tidak seharusnya dipatenkan memandangkan ia sudah begitu lama di gunakan oleh orang ramai di Malaysia sekaligus akan memberikan kesan kepada peniaga yang turut menjual makanan berkenaan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.