fbpx
Now Reading
‘Tak Kira Masih Berkhidmat Atau Tidak” – Isu Akaun Twitter MCMC, KKMM Akan Ambil Tindakan Tegas

‘Tak Kira Masih Berkhidmat Atau Tidak” – Isu Akaun Twitter MCMC, KKMM Akan Ambil Tindakan Tegas

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum pasti mengetahui isu melibatkan laman Twitter Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang teruk dikecam netizen sehingga terpaksa ditutup sementara.

Semuanya gara-gara penularan tweet-tweet lama di sekitar tahun 2014 yang disifatkan jelik dan tidak senonoh walhal SKMM merupakan badan yang bertanggungjawab mengawal kandungan internet di Malaysia.

Terbaru, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah menerusi satu kenyataan media memaklumkan pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak dalam menangani isu tersebut.

Jelas beliau, Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan bertindak secara telus dalam menangani isu yang belaku dan sekiranya didapati berlakunya kesalahan, tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab, tidak kira sama ada mereka masih lagi berkhidmat di agensi ataupun tidak.

“Saya memandang serius isu tular mengenai ciapan tidak senonoh pada tahun 2014, yang dikaitkan dengan akaun rasmi Twitter SKMM (MCMC).  

“Saya telah mengarahkan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), untuk menjalankan siasatan yang menyeluruh daripada semua sudut, termasuk tatacara pengendalian akaun Twitter berkenaan.

“Sekiranya didapati berlaku kesalahan, tindakan tegas akan diambol terhadap pihak yang bertanggungjawab, tidak kira sama ada mereka masih lagi berkhidmat di MCMC ataupun tidak” katanya lagi.

Terdahulu SKMM memaklumkan akaun Twitter rasmi mereka akan digantung buat sementara waktu  selepas dipercayai diceroboh oleh pihak tidak bertanggungjawab.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.