
Habiskan Masa Terluang, Pesakit Covid-19 Di MAEPS Siap Buat Fashion Show [Video]
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !
Keadaan jangkitan yang begitu tinggi dalam negara ketika ini menyebabkan kerajaan kembali mengaktifkan pusat kuarantin dalam negara.
Antara pusat kurantin yang begitu dikenali pastinya di MAEPS Serdang, Selangor selepas tular beberapa foto di media sosial sejak minggu lalu mengenai kadar kepadatan penghuninya yang tinggi.
Namun , layanan baik dari petugas barisan hadapan dan pelbagai aktiviti yang dijalankan bagi memberi semangatn selain menghilangkan para penghuni di sana nyata menarik perhatian orang ramai.
Menerusi satu perkongsian video di Tiktok, seorang penggunanya Syahida telah berkongsi beberapa aktiviti yang dilakukan teman lelakinya yang difahamkan turut menjalani kuarantin di MAEPS.
Jelas menerusi video tersebut, rata-rata mereka melakukan pelbagai aktiviti menarik antaranya bersenam beramai-ramai, bermain kad bersama dan pelbagai lagi,
Malah ada juga aktiviti mereka yang turut disertai oleh petugas barisan hadapan seperti doktor, jururawat dan lain-lain sebagai tanda sokongan moral.
@syhdysra Their other activities 😂 ##fyp ##foryou ##maepsserdang
♬ She Share Story (for Vlog) – 山口夕依
Siap buat fashion show
Namun yang paling mencuri tumpuan pastinya acara fashion show yang turut diadakan disana.
Malah syahida turut meluahkan rasa terkejutnya dengan aktiviti mereka yang memang kelihatan ‘happening’ habis!
“Tak sangka ini aktiviti teman lelaki saya semasa menjalani kuarantin”
@syhdysra Didn’t expect this would be my boyfriend’s activities while quarantine 😭😭😂. #maepsserdang #quarantine #fyp
♬ original sound – syahida
Perkongsian tersebut nyata menghiburkan majoriti netizen apatah lagi mereka dilihat mengenakan pakaian yang biasa digunakan untuk ibu-ibu yang bakal bersalin.
Satu yang pasti, ramai memuji kemesraan yang ditunjukkan oleh pesakit-pesakit di sana biarpun mereka baru sahaja mengenali satu sama lain di sana.
This is so funny

Bapa-bapa buat fashion show

Amboi pakai baju bersalin
