‘Hilang’ Ayah Akibat Covid-19, Tindakan Pesakit di MAEPS Kutip Derma & Tenangkan Adik Ini Buat Netizen Terharu

Pemergian insan tersayang terutamanya ibu dan bapa pasti memberi kesan kepada sesiapa sahaja.
Namun perasaan itu pasti lebih meruntun apabila pemergiannya tidak didapat ‘dihantar’, malah anda sendiri sebagai anak tidak dapat melihat dan menyentuh mereka buat kali terakhir.
Bayangkan pula jika anda terpaksa mengharunginya disaat anda masih muda dan belum puas bersama mereka.
Itu yang dialami seorang kanak-kanak yang sedang menjalani kuarantin di MAEPS, Serdang selepas mengetahui bahawa dia baru sahaja kehilangan ayahnya yang telah meninggal dunia akibat Covid-19.
Menerusi perkongsian video berdurasi 1 minit 6 saat oleh seorang pengguna Twitter Fahmi, adik tersebut jelas ‘tergamam’ sebaik mendengar berita tersebut dari seorang jururawat yang bertugas.
This little man lose his father because of covid. Apa rasa bila kehilangan someone yang kita sayang but tak boleh nak pegang ? Tengok pun tak boleh ? So please, stay safe everyone ! Please please stay at home 😔 #COVIDー19 #maepsserdang pic.twitter.com/z9jVz0rIgS
— Fahmi (@khairulFBI) January 14, 2021
Namun kisah adik ini kemudian telah menarik perhatian ramai warga MAEPS termasuk Fahmi yang sedang menjalani kuarantin di sana.
Mereka kemudian bersama pihak pengurusan pusat kuarantin yang bersimpati dengan nasib adik ini kemudiannya terus melancarkan kutipan tabung kilat buat adik ini.
Tidak cukup dengan itu, mereka juga kemudian turut bersama-sama mengadakan bacaan Yassin dan tahlil buat ayahnya.
Selesai majlis bacaan yassin dan tahlil. Jom tolong family adik ni. 162021615921 maybank Nur Kamilatul Alifah pic.twitter.com/VgUPYACeUg
— Fahmi (@khairulFBI) January 14, 2021
Perkongsian tersebut nyata membuatkan ramai sebak. Ramai juga yang turut tersentuh dengan tindakan murni pesakit-pesakit lain yang cuba menenangkan adik tersebut di sana.
Salam takziah adik. Abang nak pesan satu saja. Hidup ini perjalanan. Jadi, teruskan perjalanan jangan putus asa. Moga tuhan rahmati adik sekeluarga.
— Budi samsara (@iameverywhere14) January 14, 2021
Dekat twitter ni pun turut doakan adik.. May Allah bless you and grant heaven for ur dad, adik..
— Fildza Eqhnoor 🇲🇾 (@fe307_) January 14, 2021
Lebih memilukan apabila ada dikalangan netizen yang mendakwa ibu adik ini juga kini sedang menjalani kuarantin di Maeps bersama kakaknya.
Allahuuu sis mak budak ni kat zone kuning ye. Bukan ICU. Apapun doakan yg terbaik untuk keluarga adik ni.
— da'i nas (@sykrhwhn) January 14, 2021
Sama-sama kita sedekahkan al-fatihah untuk bapa adik ini. Buat anda yang berhasrat untuk menghulurkan sumbangan bolehlah merujuk ke dua nombor akaun di bawah :
New account number. Mana yang tak boleh maybank tu boleh terus ke agro bank NORASAH BINTI ABDUL AZIZ 2005561000081238 pic.twitter.com/u0x787yNE1
— Fahmi (@khairulFBI) January 14, 2021