Dakwa Seolah-olah Baju Kurung Semakin ‘Dilupakan’ Di Malaysia, Pereka Belanda Mohon Maaf

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !
Sejak malam tadi, media sosial hangat membincangkan mengenai sebuah artikel yang dikeluarkan South China Morning Post (SCMP) membabitkan satu wawancara mereka bersama seorang pereka Belanda yang berpusat di Malaysia iaitu Lisette Scheers.
Scheers yang merupakan pengasas jenama Nala Design menerusi wawancara tersebut mendakwa rakyat Malaysia semakin kurang menggunakan baju kebangsaan baju kurung.
Justeru dia Scheer sedang ‘berperang’ untuk memastikan agar rakyat Malaysia khususnya bangsa Melayu ‘berpakaian cantik lagi
Impian saya adalah untuk melihat baju kurung kembali (digunakan), untuk melihat orang Melayu kembali berpakaian cantik lagi. Membesar negara ini penuh dengan kain yang cantik dan warna yang indah. Saya dalam ‘perang’ untuk memastikan ianya tidak hilang
Lisette Scheers via SCMP (BM)
My dream is to see the baju kurung return, to see Malays dressing beautifully again. I want people here to feel proud of their heritage. Growing up this country was full of beautiful fabrics and colour. I’m on a crusade to make sure that doesn’t disappear.
Lisette Scheers via SCMP (Bahasa Inggeris)
Kenyatan tersebut nyata menaikkan kemarahan orang ramai kerana dia seolah memberi gambaran bahawa rakyat Malaysia tidak lagi menghargai baju kurung yang merupakan baju kebangsaan dan baju tradisional sedangkan warisan baju kurung sentiasa mendapat tempat di kalangan orang ramai.
Kecewa dengan perkara tersebut ramai netizen antaranya peminat warisan seni melayu, Mohammad Faez Harith meluahkan rasa kecewa mereka di akaun milik penulis SCMP dan juga di laman Nala Design sendiri.
Baju kurung dipakai oleh lelaki dan wanita. Ia masih wujud
For your information, Baju Kurung are worn by both Men and Women and it still exists,and we doesn't need some white man to 'crusade' it for us.
— Mohammad Faeez Harith (@H_Bakkaniy) January 16, 2021
Kindly read my writings here,and use Twitter translation service.Or you're welcome to interview me to explain.https://t.co/TxxKwMM8Yq
Baju kurung digunakan untuk perayaan dan apa sahaja upacara
If she even attended a Raya open house, Malay wedding, visited a gov school, went to an office, or even went to a morning market outside of the expat bubble of Bangsar or Mont Kiara, she could easily witness the baju kurung being used both for functionality AND celebration
— Sarah Ahmad (@__sarahmad) January 16, 2021
Saya pakai baju kurung di majlis formal pada 2019.
This is a baju kurung that I wore to a formal event back in 2019. Please don’t tell my people that we don’t ‘dress beautifully’. pic.twitter.com/DfQ1UssY97
— 🌱 Deborah Tan 🌱 (@debbietoons) January 16, 2021
“Maafkan saya”
Teruk dikecam, pihak Nala Design kemudiannya tampil membuat satu permohonan maaf di laman Instagram mereka.
“Saya ingin memohon maaf di atas salah faham dan tanggapan salah yang diberikan.
“Saya sentiasa menganggap Malaysia sebagai rumah saya dan suka negara ini tidak seperti negara lain.
“Malaysia bagi saya, adalah sumber inspirasi dan apa yang menjadikannya istimewa adalah orang-orangnya dan saya sedang belajar setiap hari ” tulis pihak Nala Design dalam ruagan kapsyen.
Malah mereka turut berkongsi visual “Maafkan saya” menerusi perkongsian yang sama.
Permohonan maaf ini bagaimanapun tidak mampu meredakan perasaan terguris rakyat Malaysia berhubung kenyataannya sebelum ini menyebabkan mereka berteruan ‘menyerang’ ruangan komen tersebut.





Malah pengacara dan penyanyi, Hunny madu turut dilihat memuat naik komen mengenai perkara itu.
